ARTIKEL

Majlis Penasihat UNIFOR bakal diwujudkan tangani isu kontroversi 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan mewujudkan Majlis Penasihat untuk Unit Hal Ehwal Agama-agama Lain (UNIFOR) dalam menghasilkan garis panduan bagi menangani isu kontroversi dengan bijak.

Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, satu mesyuarat mengenai majlis yang dicadangkan itu akan diadakan pada 7 Disember depan.

DOUGLAS UGGAH menyampaikan cek bernilai RM60,000 daripada Kerajaan Sarawak kepada Rev Kho Tong Meng pada majlis sama.

Menurutnya, majlis yang bersifat perundingan itu akan dianggotai oleh pemimpin kanan pelbagai agama.

“Kita dalam proses membentuk Majlis Penasihat untuk UNIFOR memandangkan unit itu memerlukan entiti bagi memberi nasihat mengenai perkara-perkara yang menarik atau membimbangkan negeri.

“Selain menjadi forum dalam menangani isu termasuk kontroversi agar dapat dibincangkan secara baik,” katanya semasa pembukaan rasmi House of Epiphany Saint Thomas di sini, hari ini.

Jelasnya, keharmonian, perpaduan dan persefahaman antara kaum dan agama di Sarawak harus sentiasa dipelihara.

Kerajaan Sarawak sejak 2017 tambah Uggah telah meluluskan dan memperuntukkan lebih RM333 juta kepada pelbagai rumah ibadat di Sarawak.

Menyentuh status Kompleks UNIFOR, Uggah memaklumkan setakat November lalu kemajuan pembinaannya mencapai 70.66 peratus siap, yang mana mendahului jadual.

Beliau pada majlis sama menyampaikan cek bernilai RM60,000 daripada Kerajaan Sarawak untuk pembelian bagpipes dan set dram baharu untuk kumpulan Briged Lelaki Katedral Saint Thomas.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu

BERITA TERBARU