ARTIKEL

Tan Kai (tengah) bersama Senator Datuk Ahmad Ibrahim (kiri) ketika ditemui pemberita.

Majlis Perbandaran Padawan alu-alukan pembangunan perindustrian di kawasan bawah bidang kuasanya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) mengalu-alukan pemain industri komersial untuk membina tempat perindustrian di kawasan bawah jagaan mereka.

Pengerusi MPP, Tan Kai, berkata setakat ini 77,000 premis di kawasan mereka adalah bangunan kediaman.

Tan Kai (lima kanan) merakam kenangan bersama tetamu kehormat lain yang menghadiri Majlis Gawai Dayak MPP.
Tan Kai (kiri) beramah mesra dengan tetamu yang hadir.

“Daripada jumlah itu, hanya dua peratus sahaja adalah pemain industri komersial di kawasan MPP.

“Oleh itu, kita mengalu-alukan pemain industri untuk membina tempat perindustrian komersial seperti kilang di kawasan ini memandangkan kita masih mempunyai kawasan yang luas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Gawai Dayak MPP di sini, hari ini.

Tambahnya, sekiranya pemain komersial membina perindustrian di kawasan MPP, ia akan menambahkan lagi kepelbagaian aktiviti komersial.

Sementara itu, Tan Kai menjelaskan bahawa majlis tersebut bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara petugas di bawah MPP.

Ujar Tan Kai, majlis seperti itu sering juga dianjurkan untuk menyambut perayaan lain seperti sambutan Hari Raya, Tahun Baharu Cina dan lain-lain.

Sekitar 412 orang hadir ke majlis tersebut, termasuk anggota-anggota MPP yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Turut hadir pada majlis itu, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Ahmad Ibrahim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap, dan beberapa tetamu kehormat lain.

BERITA LAIN

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP

BERITA TERBARU