ARTIKEL

Fadillah berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri MADANI 2024 Taman Alamanda Indah.

Majlis ramah tamah rumah terbuka kukuhkan hubungan, rapatkan ukhuwah – Fadillah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Perpaduan dalam kalangan masyarakat Sarawak perlu sentiasa dipupuk agar terus menjadi contoh kepada rakyat di seluruh Sarawak.

Khususnya pada musim perayaan, pelaksanaan majlis ramah tamah atau rumah terbuka mampu menjadi platform untuk mengukuhkan lagi hubungan antara satu sama lain.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan taman perumahan pasti dapat dipupuk menerusi majlis sedemikian.

“Penganjuran majlis rumah terbuka dan ramah tamah memberi peluang kepada orang ramai untuk bermesra, sekali gus merapatkan ukhuwah antara satu sama lain.

“Khususnya penduduk di taman perumahan, mereka dapat berkenalan dengan jiran-jiran di sebelah kerana kita tahu, ada yang masih belum tahu siapa jiran-jiran mereka.

“Maka, majlis rumah terbuka dan ramah tamah tepat diadakan sejajar dengan ajaran Islam yang mementingkan ukhuwah dan menjaga kebajikan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri MADANI 2024 Taman Alamanda Indah di sini, semalam.

Baca lain  Mati dalam kereta

Menurutnya lagi, Islam mengajar untuk mengasihi jiran-jiran bagaikan menyayangi saudara sendiri.

Justeru tambahnya, amalan positif ini perlu ditekankan kerana menjadi tonggak perpaduan di Sarawak sesuai dengan pengiktirafan Bandaraya Kuching sebagai Bandar Perpaduan.

“Perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan agama merupakan satu keunikan yang dimiliki Sarawak lalu menjadi tarikan kepada orang luar untuk mengalaminya sendiri.

“Untuk itu, semangat tersebut perlu terus dikekalkan khususnya dalam kalangan generasi muda supaya budaya tersebut dapat sentiasa diamalkan,” ujarnya.

Fadillah (tengah) beramah mesra bersama penduduk Taman Alamanda Indah.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan

TYT terima kunjungan hormat Shell Malaysia

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat Shell Malaysia, di Astana Negeri Sarawak, hari ini. Kunjungan

BERITA TERBARU