ARTIKEL

Majlis raya Petronas disambut meriah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kira-kira 500 tetamu hadir memeriahkan Majlis Petroliam Nasional Berhad (Petronas) Riang Ria Raya 2023 di Hotel Riverside Majestic, di sini, malam tadi.

Majlis yang dianjurkan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini bermula sekitar jam 4 petang sehingga 9.30 malam.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut hadir untuk bersama-sama dengan tetamu yang lain bagi memeriahkan acara anjuran syarikat gergasi tersebut.

Sehubungan itu, seramai 56 anak-anak dari Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah menerima sumbangan duit raya daripada Petronas.

Pada majlis tersebut, hanya 40 kanak-kanak hadir untuk menerima sumbangan yang telah disampaikan oleh Abang Johari.

Kehadiran Abang Johari turut disambut oleh Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Huluan Petronas Datuk Adif Zulkifli, Naib Presiden Perhubungan Strategik dan Komunikasi Kumpulan Petronas Nooruddin Abdullah @ Liew Sze Hoon dan kakitangan yang lain.

Hadir sama Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah; Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin; Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen Dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala; Timbalan Menteri Infrastruktur Dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Pelabuhan) Datuk Majang Renggi; Ahli Lembaga Pengarah Petronas merangkap Adun Satok Datuk Ibrahim Baki; serta wakil-wakil yang lain.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU