ARTIKEL

Majlis rumah terbuka BPHB meriah, semangat perpaduan diperkukuh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU : Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) meraikan kepelbagaian dan kemeriahan menerusi penganjuran Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Ia melibatkan masyarakat pelbagai kaum termasuk agensi kerajaan, swasta dan para pelanggannya

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPHB Ruslan Abdul Ghani berkata, pihaknya berbesar hati dapat meraikan majlis tersebut.

“Sambutan ini memperlihatkan keunikan perayaan di negara ini dan amat bermakna kerana ia merupakan kali pertama saya hadir sebagai Ketua Pegawai Eksekutiuf Kumpulan BPHB yang baharu.

“Saya tidak sabar menunggu perayaan ini dan benar-benar gembira untuk menyaksikan suasananya yang meriah.

“Harapan saya dengan adanya majlis seperti ini, ia akan mengutuhkan lagi silaturahim antara satu sama lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kumpulan BPHB 2023 di Dewan Serbaguna Taman Sri Pelabuhan, Sepait Kemena, di sini.

Sehubungan itu, beliau berkata bahawa penganjuran majlis seumpama ini juga secara tidak langsung dapat menyemarakkan semangat kerja berpasukan, sama ada dalam sesebuah organisasi mahupun dalam institusi kemasyarakatan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu