ARTIKEL

Majlis Rumah Terbuka Krismas STF 2022 diadakan Sabtu ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

RASMI… Audry (empat kiri) bersama-sama pihak penganjur pada sidang media Majlis Rumah Terbuka Krismas STF 2022 di Old Court House

KUCHING: Persekutuan Pelancongan Sarawak (STF) bakal mengadakan Majlis Rumah Terbuka Krismas STF bertemakan ‘Sambutan Kehidupan: Refleksi Kesejahteraan’ di Old Court House bermula 12 tengah hari sehingga 3 petang, Sabtu ini (17 Disember).

Presidennya, Audry Wan Ulok berkata, ia terbuka kepada orang ramai serta pengunjung antarabangsa, sekali gus menjadi sebahagian daripada kempen STF dalam aktiviti mempromosikan lawatan ke Sarawak.

Menurut Audry, pihak penganjur sekali lagi memilih tema ‘Rise to The Occasion’ sebagai fokus sajian makanan istimewa yang dianggap penting dalam membentuk budaya, pemakanan seimbang dan ekonomi buat jutaan manusia.

“Majlis kali ini dijangka menampilkan lebih 20 jenis masakan dan minuman diperbuat daripada beras asli tempatan.

“Sejajar dengan Sarawak yang popular sebagai negeri mempunyai kepelbagaian beras tradisional, kira-kira 300 jenis masakan terdiri dalam bentuk bijirin, aroma, warna, tekstur dan kualiti pemakanan.

“Sembilan buah gerai makanan dan minuman menyajikan masakan pelbagai kaum termasuk Melayu, Melanau, Dayak, India dan Cina akan disediakan,” katanya dalam sidang media di perkarangan Old Court House, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Audry percaya kempen rumah terbuka perayaan krismas tanpa mengira kaum, agama dan masyarakat pelbagai di Sarawak mempunyai keunikan tersendiri.

Tambahnya, usaha STF untuk berkongsi semangat kasih sayang dengan melibatkan diri bersama-sama masyarakat setempat terutama badan bukan kerajaan (NGO) kurang bernasib baik dan golongan berpendapatan rendah termasuk B40.

“Dengan usaha memberi, mengambil berat dan berkongsi perkara murni sebegini, tidak diragukan bahawa semangat perpaduan dan toleransi antara kaum di Sarawak adalah contoh terbaik untuk dicontohi oleh negeri-negeri lain di Malaysia,” ujarnya.

BERITA LAIN

Jambatan Bintulu-Jepak siap 82 peratus

BINTULU: Projek Jambatan Bintulu-Jepak telah mencapai 82 peratus siap dan kekal mengikut jadual untuk tarikh jangkaan siap, kata Timbalan Premier , Datuk Amar Douglas Uggah

Raikan tiga tarikh keramat

SARAWAK, merupakan negeri terbesar di Malaysia dan terletak di pulau Borneo, berkongsi sempadan dengan Sabah, Brunei, dan Indonesia. Sejarah Sarawak bermula jauh sebelum era penjajahan,

Transformasi Penan sejak beberapa dekad

KEMAJUAN pembangunan dan infrastruktur di kawasan Ulu Baram merupakan satu pencapaian signifikan sejak beberapa dekad lalu. Ia dapat dilihat melalui dua aspek utama iaitu keadaan

TPM, menteri ucap Selamat Hari Sarawak

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Persekutuan antara yang mengucapkan Selamat Hari Sarawak yang disambut hari ini kepada seluruh rakyat

BERITA TERBARU

Belematika pemesai reti turai sejarah Sarawak

SIBU: Pengerami ‘722 Run For Sarawak’ udah dikelala nyadi sebengkah pengerami ti besai reti nyerumba Hari Sarawak. Sapit Menteri Pengerai Mensia Mayuh, Pengawa Berumah enggau