Majma Mall, Kompeks beli-belah pertama diisytihar zon halal

KUCHING: Dalam meningkatkan kesedaran dan keyakinan terhadap sijil halal kepada masyarakat awam, pusat beli-belah Majma di sini menjadi pusat zon halal pertama di seluruh Malaysia.

Yang Di-Pertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datuk Misnu Taha berkata, Projek Zon Halal Majma Mall dilaksanakan atas keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Halal MIS kali ke-18 pada 10 Ogos tahun lalu. “Hasrat ini dilaksanakan bagi meningkatkan sumber tarikan pelancongan dan secara tidak langsung, dapat meningkatkan ekonomi usahawan yang terlibat,” katanya pada Majlis Perasmian Zon Halal Majma Mall di sini semalam.

Ujarnya, Majma Mall menjadi zon halal pertama di pusat beli-belah di seluruh Malaysia juga merupakan Projek Zon Halal kedua direalisasikan setelah zon halal Medan Selera Lundu pada Jun 2020.

Misnu memberitahu, zon halal ini merupakan sebuah program di bawah Pelan Strategik Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais) 2019 – 2023 berkaitan Program Perkongsian Pintar Halal.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 12 Mac 2021

Suara Sarawak