ARTIKEL

Majukan sektor pertanian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MUKAH: Dalam memajukan sektor pertanian Sarawak, rakyat perlu terus memandang ke hadapan dengan memanfaatkan teknologi terkini.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata, perkara lalu juga dapat dijadikan iktibar untuk memperbaiki kelemahan atau kekurangan yang ada.

“Kita dapat lihat negara jiran seperti Thailand yang berjaya dalam bidang pertanian dan kita perlu belajar dari setiap aspek termasuklah kekurangan yang ada pada mereka.

“Selain itu, jika golongan petani masih mengekalkan cara tradisional untuk mengusahakan pertanian, nescaya hasil tanaman dan ternakan mungkin hanya menghasilkan hasil sedikit.

“Justeru, para petani perlu menggunakan ilmu sains dan teknologi yang canggih demi meningkatkan produktiviti hasil tanaman.

Teknologi ini juga dapat menjimatkan penggunaan tenaga selain meningkatkan hasil tanaman berkualiti tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Jabatan Pertanian Sarawak Tahun 2024, di sini.

Stephen turut menekankan sekuriti dan pengkomersilan makanan yang membantu keterjaminan makanan di negeri ini.

“Oleh itu, Jabatan Pertanian bersamasama agensi lain perlu bekerjasama untuk membantu usaha murni kementerian,” ujarnya.

Baca lain  Pasang pengecas kenderaan elektrik

Pada majlis tersebut, beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada pegawai yang bakal bersara pada tahun in serta anugerah kecemerlangan.

BERITA LAIN

HONOR perkenal empat peranti terbaharu

KUCHING: HONOR Malaysia bakal memperkenalkan empat peranti terbaharunya, termasuk jam tangan pintar kesihatan sempena acara MAGICal Ria Raya pada 22 April ini. Barisan peranti itu

BERITA TERBARU

Simunjan deka disikap ngena palan komersial

SIMUNJAN: Projek pemansang komersial ba sitak Simunjan bisi pengulih nyungkak ekonomi peranak lokal kelebih agi bala pedagang mit. Projek nya mungkur pengawa ngaga medan selera,

Kenangan raya terkurung, terkejut

JIKA ditanya mengenai tempoh paling menyeronokkan menyambut Hari Raya Aidilfitri, sudah pasti kebanyakan kita akan memilih zaman kanak-kanak. Apa tidaknya, ketika itu kita tidak perlu