ARTIKEL

Makan luar, pilihan individu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SAYA hadkan sehari tidak lebih RM15 untuk beli nasi dan lauk.

Jadi belanja sebulan dalam RM450. Kosnya lebih kurang sama saja kalau saya beli ayam, telur, minyak atau beras dan lain-lain untuk masak di rumah.

Demikian kata Mahathir Mukhriz, 29 pekerja sektor swasta yang masih bujang dan menyewa.

Seorang penjawat awam, Rohaya Rozaimi, 35 berkata, dia bersama suami dan seorang anak memilih untuk makan di kedai hampir setiap hari dengan anggaran perbelanjaan lebih RM1,200 sebulan.

Selalunya pada hari bekerja, kami pergi kedai yang berdekatan dengan rumah sebelum waktu Maghrib supaya boleh balik awal dan suami tidak terlalu letih lepas kerja.

“Pada hujung minggu pula, baru kami makan di rumah dan kadang kala makan di luar.

Saya terpaksa makan di luar kerana kebanyakan masa dihabis di luar kerana kami suami isteri bekerja,” ujar Rohaya. Isu makan di luar menjadi perdebatan masyarakat hari ini.

Sebelum ini, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata tabiat ketagih makan di luar membuatkan sebahagian besar daripada pendapatan bulanan rakyat di negara ini dihabiskan bagi memenuhi keinginan tersebut.

Kenyataan tersebut memberi pelbagai tindakan balas daripada masyarakat.

Ada yang menyokong dan ada yang tidak menyokong. Tidak salah sama ada rakyat lebih cenderung makan luar atau membeli bahan mentah dan memasak sendiri di rumah. Ini kerana ia mengikut kemampuan perbelanjaan masing-masing.

Rafizi Ramli menjelaskan, akibat daripada amalan makan luar menyebabkan rakyat mengalami penyusutan pendapatan dan menjadi lebih sensitif terhadap inflasi yang mendadak pada harga makanan yang dimasak, walaupun ketika inflasi utama telah menurun.

“Satu-satunya (perkara perbelanjaan isi rumah) yang paling anjal dan sukar untuk diturunkan sebenarnya adalah makanan yang dimasak dan dibawa pulang.

“Itulah sebabnya kita mempunyai dikotomi apabila ia berkaitan dengan inflasi, ia kelihatan sihat. Ia kira-kira 2 peratus, 2.5 peratus.

“Tetapi secara amnya, orang ramai merasakan ini tidak betul kerana mereka merasakan mereka tidak cukup (wang) pada akhir bulan,” katanya.

Malah, Ahli Parlimen Pandan itu berpendapat, secara purata isi rumah tempatan membelanjakan kira-kira satu pertiga daripada pendapatan boleh guna mereka untuk makanan yang dimasak atau dibawa pulang.

Lebih separuh daripada makanan yang dipesan pada aplikasi penghantaran berharga RM30 atau kurang bagi setiap pesanan.

Perbelanjaan makanan untuk kegunaan di rumah, termasuk barangan runcit, secara amnya juga lebih tinggi di Malaysia berbanding kebanyakan ekonomi di Asia.

Hakikat budaya makan di luar yang diamalkan segelintir rakyat khususnya bagi mereka yang tinggal di bandar perlu dilihat secara menyeluruh dan tidaklah seburuk seperti yang disangka. Ia kerana, amalan tersebut dipengaruhi pelbagai faktor seperti kos barangan dan saiz keluarga menyebabkan makan di rumah disifatkan kurang relevan dan boleh mendorong kepada pembaziran.

Ketiadaan masa dan penat selepas bekerja juga menjadi punca utama orang ramai memilih untuk makan di luar kerana bekerja berdasarkan syif.

Manakala, pakar ekonomi, Profesor Dr Barjoyai Bardai berkata, berdasarkan data dimiliki beliau, jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan rakyat Malaysia untuk makan dan minum secara purata ialah sekitar RM800 hingga RM1,200.

Bagaimanapun katanya, bagi golongan berkeluarga, kos memasak di rumah jauh lebih menjimatkan iaitu dianggarkan sebanyak 30 hingga 40 peratus berbanding makan di luar kerana penggunaan bahan masakan dapat bertahan lebih lama. Seorang lagi pakar ekonomi berkata, bagi mereka yang tinggal di bandar dan mempunyai keluarga kecil, memasak di rumah akan lebih tertumpu kepada waktu hujung minggu berbanding hari biasa.

“Antara faktor yang mempengaruhi amalan makan di luar ini adalah kebanyakan yang hidup di bandar merupakan keluarga nukleus, yang mana kedua-dua ibu bapa bekerja dan tidak mempunyai banyak masa untuk bersama ahli keluarga.

“Masak pun guna masa dan jika anak masih kecil, keluarga hanya akan memasak pada waktu pagi untuk hari biasa dan akan makan di luar untuk makan tengah hari dan malam,” katanya.

Dalam keadaan ekonomi yang tidak berapa bagus ini, elok juga kalau kita mengamalkan pendekatan berjimat cermat.

Dan sebenarnya, ia juga satu cara untuk beri tekanan kepada peniaga supaya tidak menjual terlalu mahal dan ambil untung secara berlebihan.

Bagaimanapun, di satu sisi yang lain, Malaysia memang terkenal sebagai syurga makanan yang enak hingga dapat pujian pelancong asing.

Mungkin sebab itu tabiat ketagih makan luar ini sudah jadi sebahagian daripada budaya masyarakat kita.

Kalau mampu tiada sebarang masalah tetapi kalau tidak mampu, tepuk dada dan tanya poket masing-masi

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU

Permohonan UPUOnline dibuka hari ini

KUCHING: Kementerian Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan permohonan fasa pertama untuk UPUOnline bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam dan