ARTIKEL

Makanan anak dari awal kelahiran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

IBU bapa atau penjaga dapat membantu anak-anak pada awal kelahiran dari segi pemakanan.

Pemakanan sihat membantu anak-anak dalam membentuk sikap positif terhadap pemilihan makanan tersebut.

Peranan ibu bapa adalah untuk menentukan makanan bersesuaian dan jadual makan.

Sementara itu, anak pula memainkan peranan untuk menerima atau menolak makanan tersebut dengan cara melihat kuantiti makanan yang dimakan oleh mereka.

Justeru, ibu bapa harus bijak menyediakan makan yang sihat dan digemari oleh si manja.

PENYEDIAAN MAKANAN

Sediakan makanan berkhasiat sejak kecil untuk membantu terbiasa ke atas makanan tersebut.

Dalam hidangan makanan mereka, berikan makanan dengan rasa dan tekstur berbeza.

Hidangan dalam pemakanan mereka boleh disertakan dengan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Makanan bijirin penuh seperti pasta bijirin penuh pasta, roti, oat, barli dan sebagainya juga merupakan makanan yang sesuai untuk diberikan kepada anak-anak berusia satu hingga tiga tahun.

Sertakan makanan berprotein untuk anak-anak pada awal kelahiran seperti kekacang, mentega, tauhu, daging, ikan, ayam, telur dan produk tenusu.

Baca lain  SI CANTIK CILIK

Setiap kanak-kanak mempunyai kerenah dan kemahuan yang berbeza.

Jumlah makanan yang mereka perlukan juga berbeza bersadarkan umur, tahap aktiviti, kadar pertumbuhan dan selera makanan mereka.

Hal ini merupakan perkara biasa sekiranya mereka makan lebih banyak pada beberapa hari berbanding hari lain.

Selera makan anak-anak pada awal kelahiran boleh dipengaruhi oleh kerenah, kesihatan, masa dan makanan yang ditawarkan.

Tawarkan anak-anak kecil ini tiga hidangan kecik dan dua hingga tiga makanan ringan dengan jarak masa kira-kira dua hingga tiga jam.

Ibu bapa atau penjaga boleh mencuba untuk menyediakan makanan dan snek pada masa yang sama setiap hari.

JADUAL MAKAN

Anak pada awal kelahiran belum dapat mengetahui bagaimana rasanya lapar atau kenyang dan boleh mengalami masa yang lebih sukar untuk mempercayai selera makan mereka.

Justeru, ibu bapa yang menentukan jadual makan mereka.

Perkara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan penjaga untuk membantu anak-anak makan dengan baik ialah duduk serta makan bersama-sama anak.

Baca lain  Tarian Royong Melayu tarikan muda-mudi

Anak-anak kecil belajar tentang makanan dan makan dengan memerhati pemakanan penjaganya.

Mereka cenderung terikut dan ingin memakanan makanan yang dihidangkan dan dapat medekatkan hubungan ibu, bapa atau penjaga terhadap anak-anak.

Selain itu, tawarkan makanan yang sama dengan ara yang berbeza.

Sebagai contoh, sayur-sayuran boleh dihidangkan mentah dengan dicencang atau parut, dibakar dan sebagainya supaya mereka dapat menikmati makanan berbeza.

Biasakan anak-anak untuk berdikari serta belajar cara menyentuh, menghidu, merasa dan melihat makanan.

Walaupun kanak-kanak suka membuat kekacauan dan kekotoran semasa makan, itu merupakan sebahagian daripada proses belajar mereka di meja makan.

BERITA LAIN

Terus budaya baca al-Quran

SETIAP kali Ramadan, kita lihat ramai mengikuti kumpulan tadarus al-Quran sehingga berjaya khatam. Semangat ini sangat baik untuk diteruskan walaupun Ramadan berlalu. Firman Allah dalam

Yayasan Ikram Miri santuni asnaf

MEMBAWA semangat prihatin dan mengingati golongan memerlukan, Yayasan Ikram Miri melancarkan program sumbangan pek Ramadan bertujuan membantu murid daripada golongan asnaf. Melalui sumbangan tersebut, penerima

Pendarahan teruk apabila luka

Memandangkan hemofilia ialah penyakit sejak lahir dan biasanya diwarisi, ia dikatakan terjadi melalui gen atau baka ibu bapa yang mempunyai warisan genetik kromosom X. Oleh

Hemofilia perlu kesedaran awam

SAMBUTAN Hari Hemofilia pada 17 April setiap tahun dilakukan sejak 35 tahun lalu bermula pada 1989. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Hemofilia ialah penyakit yang

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh