ARTIKEL

Makanan percuma sepanjang Ramadan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pengurusan Cendol Mami menyediakan 300 hingga 400 set makanan sungkai percuma setiap hari menerusi Projek Sedekah Cendol Mami sepanjang Ramadan ini.

Jurucakap Cendol Mami, Farah Waheeda Ariffin berkata, makanan tersebut akan diberikan kepada pusat tahfiz dan rumah anak yatim di sekitar bandar raya ini dan beberapa keluarga asnaf di kawasan Kampung Gita.

Katanya, setiap hari mereka akan menyediakan pelbagai jenis lauk-pauk beserta nasi putih dan istimewanya pada Ramadan terdapat pelbagai kuih-muih dan bubur turut disediakan.

“Tajaan makanan yang dilaksanakan ini adalah untuk berbuka puasa. Selain boleh menggembirakan hati pelajar tahfiz dan anak-anak yatim, ia juga dapat membantu meringankan sedikit beban pusat berkenaan,” katanya kepada Suara Sarawak.

Tambahnya, dana untuk melaksanakan Projek Sedekah Cendol Mami tersebut adalah sumbangan ahli keluarga, kawan dan dermawan di sekitar Kuching.

“Sejujurnya, sehari kos untuk menyediakan makanan adalah sekitar RM800 ke RM1,000 dan ia bergantung kepada jenis menu yang kami sediakan.

“Kami bersyukur kerana ada rakan usahawan yang turut bersama-sama membantu menyumbang makanan seperti Bana Nurul, Kerencheng, Mbok G Kitchen, Jowafa Kitchen, Shafila Cafe, WJ Ayam Bakar, Ritz Kitchen dan banyak lagi,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Waheeda memaklumkan, selain melaksanakan tajaan makanan tersebut, mereka juga akan mengagihkan baju raya terpakai yang disumbangkan oleh ahli keluarga, rakan dan orang ramai kepada golongan memerlukan.

“Bagaimanapun, sebelum sesi agihan dilaksanakan, kami akan membuat tapisan terlebih dahulu untuk memastikan baju raya yang diberikan masih berada dalam keadaan baik,” ujarnya.

Dalam pada itu, Waheeda memaklumkan, meskipun dia tahu tidak semua orang mampu untuk memberikan bantuan kewangan ketika ekonomi mencabar kini tetapi dia percaya masih ramai yang mampu.

“Jadi, saya juga ingin mengajak pihak lain yang berkemampuan untuk menyumbang keperluan sedemikian kepada anak-anak yatim khususnya.

“Mereka ini bukan memerlukan bantuan dari segi kewangan semata-mata tetapi juga pakaian, kuih-muih dan keperluan lain untuk Hari Raya juga sudah memadai,” jelasnya.

Projek Sedekah Cendol Mami ini juga merupakan idea Waheeda sendiri yang dimulakan sejak 2018 selepas melihat terdapat keperluan untuk membantu masyarakat khususnya di Sarawak ketika itu.

Projek berkenaan merupakan aktiviti khidmat masyarakat yang ditubuhkan bagi membantu mereka yang memerlukan contohnya seperti pusat tahfiz, rumah anak-anak yatim, gelandangan, asnaf, surau dan masjid di sini.

BERITA LAIN

Keterangkuman sosial POSKOM selari dengan PCDS 2030

SIBU: Program Outreach – Santuni Komuniti (POSKOM) yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) adalah selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. Ahli

BERITA TERBARU

Keterangkuman sosial POSKOM selari dengan PCDS 2030

SIBU: Program Outreach – Santuni Komuniti (POSKOM) yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) adalah selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. Ahli