KPDN di Facebook menegaskan bahawa penetapan maksimum pembelian tiga paket minyak masak bertujuan untuk memastikan pengedaran minyak masak bersubsidi lebih saksama dan adil.
Dengan mematuhi had pembelian ini, ia membolehkan lebih ramai rakyat mendapat manfaat daripada subsidi yang disediakan oleh kerajaan.
KPDN juga ingin mengingatkan pengguna agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih tentang barangan terkawal dan bersubsidi.
Menyebar maklumat palsu atau tidak tepat boleh menyebabkan kekeliruan dalam kalangan pengguna dan peniaga.