ARTIKEL

Maksimumkan keupayaan institusi tempatan lahir pakar bedah kardiotorasik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan disaran memaksimumkan keupayaan semua institusi tempatan dalam melahirkan pakar yang diperlukan dalam pembedahan kardiotorasik.

Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii Lee Wuen berkata, ia termasuk menggabungkan program yang selari bagi melengkapkan bilangan pakar sedia ada di negara ini.

Menurutnya, khusus untuk pembedahan kardiotorasik, diperlukan nisbah satu kepada 500,000 pada 2025 dan satu kepada 450,000 pada menjelang 2030.

“Namun berdasarkan kadar semasa, kita mempunyai kurang daripada 15 peratus daripada jumlah pakar bedah kardiotorasik yang diperlukan menjelang 2030, dan ini sangat membimbangkan.

“Masalah ini menjejaskan sistem penjagaan kesihatan negara dan kualiti perkhidmatan kepada pesakit, bahkan mungkin menjadi lebih serius jika tidak ditangani dengan betul.

“Ramai pesakit yang terpaksa menunggu enam bulan hingga setahun untuk mendapatkan pembedahan jantung. Lebih teruk, ada yang meninggal dunia sementara menunggu rawatan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Jelasnya, biarlah isu ini menarik semua untuk menanganinya dengan segera, bukan memecah-belah sehingga menjadi polemik.

“Masalah sebegini jika tidak ditangani, akan memberi kesan kepada masyarakat dan penyakit itu tidak akan membezakan bangsa pesakit, dan juga tidak akan membezakan bangsa atau latar belakang doktor yang merawatnya,” ujarnya.

Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Manusia itu menambah, kekurangan pakar yang kritikal khususnya dalam pembedahan kardiotorasik memperlihatkan terdapat cadangan untuk membenarkan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

“Mereka (UiTM) lebih ke depan, lebih maju dalam merangka program sarjana pembedahan kardiotoraks, maka diharap dapat dibuka buat sementara waktu kepada bukan Melayu sebelum dipindahkan ke Universiti Malaya (UM) sebaik sahaja program sarjana mereka dibangunkan sepenuhnya.

“Ia sebagai untuk menyahut keperluan mendesak dalam negara terutamanya dalam menyediakan penjagaan berkualiti kepada pesakit dan bukannya mencabar kedudukan istimewa atau hak perlembagaan dalam Perlembagaan Persekutuan,” tambahnya.

Katanya lagi, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengunjurkan, menjelang 2025, negara akan didiami oleh kir

BERITA LAIN

BERITA TERBARU