Maksud wilayah Sarawak berbeza dengan Wilayah Persekutuan

KUCHING: Jangan keliru dengan pengiktirafan Sarawak sebagai wilayah kerana ia tidak sama maksud dengan Wilayah Persekutuan.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, terdapat sesetengah individu yang keliru akan maksud tersebut dan menganggap ia sebagai terminologi.

“Saya tahu ada ahli politik tertentu berpendapat menggunakan istilah tersebut menjadikan Sarawak dalam kedudukan yang lebih kecil berbanding negeri.

“Saya minta beliau belajar balik bahasa Melayu dan lihat perbezaan besar istilah antara (maksud) wilayah dengan Wilayah Persekutuan,” tegasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Belia Sarawak 2021 di sini, hari ini.

Suara Sarawak