ARTIKEL

Kredit: FB Khaled Nordin

Maktab Ketahanan Nasional diperkasa jadi institusi berwibawa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Maktab Ketahanan Nasional (MKN) perlu terus diperkasakan sebagai institusi berwibawa bagi membentuk kepimpinan yang mampu menghadapi cabaran keselamatan dan pertahanan negara.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata MKN menjadi platform penting untuk meningkatkan kefahaman mengenai keselamatan dan pertahanan dalam kalangan pemimpin kanan sektor pertahanan, keselamatan dan awam.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Komandan MKN Mejar Jeneral Datuk Saiful Bahari Zainol di Wisma Pertahanan di sini semalam.

Mohamed Khaled berkata MKN merupakan antara institusi di bawah Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS) yang berperanan membangunkan kepimpinan strategik dan melahirkan pemimpin berkeupayaan membuat pertimbangan strategik.

Terdahulu, beliau ketika menerima kunjungan hormat Presiden PUSPAHANAS yang baharu, Leftenan Jeneral Datuk Mahadzer Amin, turut berharap institusi itu terus menjadi medan utama membentuk pemikiran strategik serta melahirkan kepimpinan pertahanan yang mampu menghadapi cabaran keselamatan semasa dan masa hadapan seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Gagal Bayar Denda RM10,000, Dua Individu Dipenjara

BAU: Dua individu dihantar ke Penjara Puncak Borneo selepas gagal membayar denda RM10,000 setiap seorang yang dijatuhkan oleh Mahkamah Bau atas kesalahan berkaitan transaksi kewangan,