
KUCHING: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof telah menghadiri program ‘Malam Cinta Rasul’ sempena Kembara Dakwah Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid ke Bumi Kenyalang pada Sabtu (28 Jan).
Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya turut disertai ADUN Satok Datuk Ibrahim Baki.
Tertarik dengan majlis perkongsian ilmu oleh tokoh agamawan tersohor itu, majlis yang berlangsung di Masjid Darul Hana Patingan turut dihadiri kira-kira seribu jemaah.
Habib Ali tiba di perkarangan masjid sekitar jam 6.40 petang, diikuti Fadillah dan Ibrahim.
Selepas solat maghrib, acara tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Yaasin, selawat dan zikir.
Sejurus selepas itu, Fadillah dan Ibrahim berangkat menghadiri majlis apresiasi jentera Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) di Pusat Konvensyen Penview.