ARTIKEL

Malam Gala Amal Malaysia-Korea perkasa inisiatif tenaga hijau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kerjasama dua hala Sarawak dan Korea Selatan dalam bidang tenaga hijau dan boleh diperbaharui terus diperkasa melalui penganjuran Malam Gala Amal Malaysia-Korea yang bakal berlangsung pada 20 Januari depan.

Bertujuan memperkasakan pendidikan lestari dalam usaha melahirkan generasi hijau, acara amal yang menyasarkan kutipan berjumlah RM1 juta itu bakal dimeriahkan dengan persembahan penyanyi dan pelakon terkenal Korea Selatan, Kim DaHyun.

Menurut Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain,matlamat utama penganjuran adalah mengumpul dana untuk Yayasan Ilmu Sarawak, Generasi Hijau, dan Persatuan Kanak-Kanak Terencat Akal (Perkata).

“Dijadualkan berlangsung mulai 7 malam bertempat di Damai Lagoon Resorts, Santubong. Malam gala ini dijangka diserikan dengan kehadiran Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Malah acara gemilang yang bakal dihadiri sekitar 500 tetamu dan para dermawan ini turut menjanjikan malam penuh keanggunan, selain persembahan hebat daripada barisan artis terkenal dua negara terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Malam Gala Amal Malaysia-Korea: Memperkasakan Pendidikan dan Inisiatif Hijau di Sarawak di sini, hari ini.

Tambahnya, antara yang bakal membuat persembahan pada acara itu ialah Jaclyn Victor, Alu-Alu Band, OCI Dream Ensembles (kumpulan muzik klasik profesional orang kurang upaya dari Korea) dan Kumpulan Nanta (persembahan bukan lisan irama Samulnori tradisional Korea).

Mengulas lanjut, ujarnya program tersebut merupakan kerjasama dengan OCIM Sdn Bhd, anak syarikat OCI Holdings iaitu sebuah syarikat tenaga hijau terkemuka sebagai salah satu inisiatif memberi kembali kepada komuniti.

Hadir sama, Pengurus Besar SEDC Datuk Abdul Hadi Abdul Kadir, Presiden OCIM Choi Sungkil, Penasihat OCIM Dr. Kim Soo Yeon dan pengerusi penganjur bersama, Puan Sri Datin Amar Nur Ashima Aziz.

LAIN-LAIN BERITA

Selesai perbalahan tanpa kekerasan

KUCHING: “Saya kehilangan sahabat baik, mentor, pembimbing dan insan yang menjadi inspirasi selepas pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud,” demikian kata Tan

87 das tembakan meriam diiringi titisan hujan

KUCHING: Berduka dengan pemergian tokoh signifikan ternama, bumi Sarawak seakanakan turut menangis apabila hujan turun semasa jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul

Jasa Tun Taib tidak terhad di peringkat negeri

Yang Dipertua Yadim, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus terkenang jasa Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun dan Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud yang pernah menjadi Menteri

BERITA TERBARU

Selesai perbalahan tanpa kekerasan

KUCHING: “Saya kehilangan sahabat baik, mentor, pembimbing dan insan yang menjadi inspirasi selepas pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud,” demikian kata Tan

87 das tembakan meriam diiringi titisan hujan

KUCHING: Berduka dengan pemergian tokoh signifikan ternama, bumi Sarawak seakanakan turut menangis apabila hujan turun semasa jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul

Polis berkas suspek terlibat 20 kes samun

IPOH: Polis memberkas seorang individu yang disyaki aktif menjalankan kegiatan menyamun pelanggan di premis mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sekali gus berjaya menyelesaikan 20 kes samun