ARTIKEL

Malam ini ramai teruja tunggu “fenomena Bakoba” raih Artis Komedi Popular, julang Bintang Paling Popular ABPBH-35

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 atau ABPBH-35 bertemakan “Ekspresi Legasi Seni” bersiaran secara langsung malam ini, 21 Julai 2023 dari Istana Budaya.

Anugerah popular sejak 1987 bertujuan memberi pengiktirafan kepada penggiat seni tanah air, selain memberi peluang kepada pembaca BH dan pengikut setia ABPBH memilih artis popular kesukaan.

Bermula 2017, penganjur memperkenalkan sistem undian secara 100 peratus dalam talian melalui laman sesawang.

Kategori dipertandingkan kali ini melibatkan 12 kategori utama dan tujuh kategori sampingan iaitu:

BBNU Lelaki Popular

BBNU Wanita Popular

Penyanyi Lelaki Popular

Penyanyi Wanita Popular

Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular

Aktor Filem Popular

Aktres Filem Popular

Aktor TV Popular

Aktres TV Popular

 Penyampai Radio Popular

 Pengacara TV Popular

 Artis Komedi Popular

Kategori sampingan ialah:

Couple Drama Popular

Couple Filem Popular

Drama Popular

Lagu Paling Boom

Content Creator Popular

TikTokers Popular

Video Viral Popular

Menjelang undian ABPBH2023 ditutup pada tengah malam malam Sabtu lepas, kali ini nampaknya melalui pemerhatian yang viral di media sosial, tercetusnya fenomena penonton teruja mahu melihat Bell Ngasri menjulang Anugerah Artis Komedi Popular sekali gus menjulang Bintang Paling Popular ABPBH-35.

Bell Ngasri, 43, pelakon dan pelawak yang sudah beraksi sejak zaman kanak-kanak menjadi pelakon cilik, sinonim dengan watak Bakoba, watak individu malas berpuasa yang muncul setiap kali menjelang Ramadan di televisyen.

Adakah kemenangan Bell Ngasri memenuhi ramalan banyak pihak?

Bahkan ada yang meramalkan Bell akan mendapat undian luar biasa peminat…

Tonton malam kemuncak ABPHB-35 bersiaran secara langsung malam ini dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

ABPBH-35 turut disiarkan secara langsung di saluran TV3 dan Strim Live HD di Tonton dan YouTube TV3.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU