Malam Kesenian Islam pada tahun ini membuka tirainya dengan acara persembahan silat yang dipersembahkan oleh pelajar Ikmas.
Bacaan tilawah al-Quran, nasyid, deklamasi sajak, pentomim dan qasidah daripada pelajar Ikmas bertempat di Auditorium al-Wadi Ikmas Kampus 2.
Penghulu Telaga Air, Morshidi Johari, Penghulu Temenggong/ Selang, Johar @Zahrah Japar, Ketua Kampung Kampung Selang Laut, Sulaiman Bakawi, Ketua Kampung Selang Ulu, Zainal Abidin Samaudin, Ketua Kampung Temedak, Wan Bosri Wan Zain dan Ketua Kampung Jaya Bakti, Ideris Bohari turut hadir bagi program ini.
Program sebegini diharapkan dapat memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada graduan Ikmas, memberi semangat kepada warga Ikmas untuk terus komited dan meningkatkan mutu pendidikan, mempromosi Ikmas kepada masyarakat awam dan meningkatkan hubungan silaturahim di antara warga Ikmas, para pelajar serta masyarakat setempat.