Trending

Malapkan MATAHARI tangani perubahan iklim

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

Penyelidik membuat penemuan penting yang dikenali sebagai solar radiation modification (SRM) technology, bertujuan mena-ngani perubahan iklim dan pemanasan global dengan       ‘memalapkan’ Matahari. 

Teknik SRM melibatkan penyemburan aerosol, seperti sulfur dioksida ke dalam stratosfera, yang boleh memantulkan sinaran Matahari kembali ke angkasa dan menyejukkan Bumi dengan berkesan.

Pendekatan ini secara tidak sengaja diperhatikan selepas terjadinya letusan gunung berapi Pinatubo 1991 yang mengakibatkan penurunan suhu global sebanyak 0.5 darjah Celsius.

Sebahagian penyelidik dari Universiti Yale, percaya kaedah suntikan aerosol ini berpotensi menyumbang kepada pembekuan semula   kutub dunia.

Bagaimanapun, Program Alam Sekitar PBB menganggap kajian itu tidak realistik dan menunjukkan pemahaman saintifik yang tidak jelas    di sebalik penggunaan teknologi SRM berskala besar. 

Namun, PBB memandang serius teknologi itu dan sekumpulan saintis menggesa PBB memantau penggunaannya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Lenggok zapin Melayu

ZAPIN berasal dari tradisi Tarian Zafana Orang Arab dari Hadramaut,

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru