ARTIKEL

Malaria isu kesihatan global

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

HARI MALARIA SEDUNIA disambut pada 25 April setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran tentang bahaya malaria serta memperingati orang awam untuk sentiasa menjaga kebersihan.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat 249 juta kes malaria pada 2022 berbanding 244 juta kes pada 2021.

Anggaran jumlah kematian malaria berjumlah 608,000 pada 2022 berbanding 610,000 pada 2021.

Merujuk kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Bahagian CDC menganggarkan 300 hingga 500 juta kes malaria pada setiap tahun dengan kematian melebihi satu juta.

Penyakit Malaria disebabkan oleh parasit plasmodium dan boleh merebak melalui gigitan nyamuk anopheles (tiruk) yang dijangkiti parasit sporozoites.

Jangkitan ini berlaku apabila parasit di dalam nyamuk tersebut masuk ke dalam tubuh manusia dan bergerak melalui salur darah dan terus ke arah hati.

Parasit menjadi matang sebelum ia mula membiak dengan masuk semula ke dalam sistem darah.

Kesan gigitan nyamuk mula jelas kelihatan selepas tempoh 48 sehingga 72 jam selepas jangkitan kerana sel darah merah pecah dan mengeluarkan lebih banyak parasit.

Gejala awal malaria berlaku dalam tempoh tersebut kerana pelepasan merozoites iaitu sejenis parasit yang berlebihan ke dalam saluran darah.

Ia kemudian menyerang serta membinasakan sel darah merah baharu menyebabkan anemia (kurang hemoglobin dalam sel darah merah), jaundice (sakit kuning), pembengkakan hati dan limpa.

Simptom umum lain sering terjadi seperti demam, sejuk menggigil, panas berpeluh, mual atau muntah dan selesema.

Namun dalam kes tertentu komplikasi koma dan kematian boleh berlaku kerana terdapat halangan perjalanan darah ke bahagian otak.

CEGAH

Oleh itu, beberapa langkah disyorkan oleh KKM bagi membantu membasmi penyebaran malaria dalam kalangan masyarakat.

Antara langkahnya ialah membersih kawasan dengan mencampurkan racun serangga di tempat pembiakan seperti paya, parit dan kawasan bertakung.

KKM juga menyarankan untuk memakai seluar panjang, pasangkan net di tingkap dan krim pencegah gigitan nyamuk.

Sementara itu, kaedah semburan asap yang biasa digunakan bagi kawalan dan pencegahan denggi dilihat kurang efektif untuk mengawal malaria.

Suara Sarawak sempat menemu bual petugas kesihatan dan orang awam tentang kepentingan Hari Malaria Sedunia.

Pembantu klinik, Abby Gayle, 28, berkata, Hari Malaria Sedunia satu sambutan bagi mengiktiraf usaha global dalam menangani dan mengawal malaria.

“Malaria ialah penyakit parasit yang terus memberi impak besar kepada kesihatan global,” ujarnya.

Tambahnya, masyarakat yang mahu mengelakkan diri menjadi mangsa penyakit malaria perlu sentiasa berwaspada dengan keadaan di sekeliling.

“Orang awam boleh menghindari aktiviti di kawasan berisiko tinggi nyamuk tiruk dan mengambil vaksin atau ubat mencegah malaria di pusat kesihatan jika ingin melancong ke negara yang berisiko tinggi malaria,” katanya.

Pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA), Aqila Hani Rosle, 23, berpendapat, pendidikan dan kesedaran masyarakat memainkan peranan penting dalam meningkatkan pengetahuan tentang penyakit Malaria.

Menurutnya, pengetahuan yang diperoleh mampu mencegah dan melindungi diri serta keluarga daripada terkena penyakit berbahaya tersebut.

Sementara itu, pelajar IPTA, Aisya Syakira Hasbullah, 24, berkata, dia kurang mengetahui kewujudan Hari Malaria Sedunia.

Tambahnya, kerajaan melalui KKM boleh menambah usaha dalam pencegahan dan merawat penyakit malaria dengan hebahan media.

AKTIVITI KESEDARAN

Pelajar IPTA, Muhamad Faqhurazize Mohd Isa, 24, yang berasal dari Segamat, Johor berkata, Hari Malaria Sedunia penting sebagai pendedahan dan meningkatkan kesedaran orang ramai.

“Saya juga faham malaria merupakan salah satu penyakit berbahaya sehingga boleh menyebabkan kematian berjuta-juta manusia setiap tahun di dunia,” ujar Faqhurazize.

Kongsinya, dia pernah terlibat dalama aktiviti kesedaran yang dianjurkan oleh KKM pada April tahun lepas.

Katanya, memandangkan pembawa penyakit ini ialah nyamuk, jadi pencegahannya haruslah dari akarnya dengan membasmi tempat yang berpotensi menjadi telur nyamuk.

“Kita perlu menyembur aerosol ke tempat yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk “Langkah-langkah ini saya pelajari ketika hadir ke kempen kesedaran anjuran KKM di kawasan kejiranan saya di Johor,” ujarnya.

BERITA LAIN

Periksa kesihatan percuma

PROGRAM pemeriksaan kesihatan percuma diadakan kepada ibu bapa, guru, termasuk pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan Siol Kanan sempena Mesyuarat Agung PIBG SK Siol

Asah bakat kepimpinan

SEKOLAH Rendah Islam Al-Amin Bintulu mengadakan Program Kem Kepimpinan 2024 pada Sabtu lalu. Kem ini melibatkan pengawas, pembimbing rakan sebaya, ketua kelas dan penolong ketua

Fokus kesedaran biodiversiti

PERTUBUHAN BangsaBangsa Bersatu (PBB) menetapkan 22 Mei pada setiap tahun sebagai tarikh mengingati dan menghargai kepentingan biodiversiti dalam kehidupan seharian. Ia diselaraskan oleh Sekretariat Konvensyen

Asah bakat kepimpinan

SEKOLAH Rendah Islam Al-Amin Bintulu mengadakan Program Kem Kepimpinan 2024 pada Sabtu lalu. Kem ini melibatkan pengawas, pembimbing rakan sebaya, ketua kelas dan penolong ketua

Sarawak tanam 34 juta pokok

Salah satu punca konflik meningkat ialah kehilangan kawasan hutan dan ia dikaitkan dengan penularan penyakit zoonotik — penyakit daripada haiwan kepada manusia. Faktor lain seperti

Fokus kesedaran biodiversiti

PERTUBUHAN BangsaBangsa Bersatu (PBB) menetapkan 22 Mei pada setiap tahun sebagai tarikh mengingati dan menghargai kepentingan biodiversiti dalam kehidupan seharian. Ia diselaraskan oleh Sekretariat Konvensyen

BERITA TERBARU

Polis mohon bantuan cari kanak-kanak hilang

JOHOR BAHRU: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang sejak 20 Mei lepas. Ketua Polis Daerah

PDRM

Warga emas ditemui maut dalam longkang

IPOH: Seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dalam longkang besar Sungai Pinji, Kampung Sungai Rapat, di sini semalam. Ketua

Kanak-kanak lelaki tertusuk besi pagar rumah

MIRI: Seorang kanak-kanak berusia 13 tahun terpaksa menahan kesakitan selepas tangannya tertusuk besi pagar rumah di sini semalam. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)