ARTIKEL

Foto: BERNAMA

Malaysia berada di kedudukan strategik sebagai hab pusat data serantau – pakar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Perjalanan Malaysia ke arah menjadi hab serantau untuk pusat data didorong oleh gabungan faktor strategik termasuk kestabilan ekonomi dan ketersambungan yang kukuh.

Faktor-faktor ini membuka jalan untuk Malaysia menjadi lokasi sangat menarik untuk pelaburan berkaitan digital, kata Dekan Fakulti Kecerdasan Buatan (FAI) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr Mohd Naz’ri Mahrin.

Beliau berkata permintaan yang semakin meningkat untuk AI, pengkomputeran awan, storan data dan teknologi berkaitan akan meningkatkan kedudukan Malaysia dengan ketara sebagai hab pusat data utama di Asia Tenggara.

Beliau berkata persekitaran ekonomi Malaysia yang stabil menyediakan suasana kondusif untuk pelaburan jangka panjang dengan asas industri kukuh dan tenaga kerja mahir untuk menyokong pertumbuhan industri pusat data.

“Malaysia dilihat menyediakan daya saing kos untuk pelaburan asing, menawarkan kos operasi lebih rendah berbanding negara jiran termasuk kos tanah dan buruh yang lebih rendah.

“Selain itu, negara juga mempunyai rangkaian kabel dasar laut yang luas dan sambungan gentian optik darat, memastikan sambungan internet berkelajuan tinggi dan boleh dipercayai kerana pelaburan berterusan dalam infrastruktur telekomunikasi meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai hab sambungan,” kata Mohd Naz’ri kepada Bernama.

Baru-baru ini, Malaysia mengalu-alukan komitmen pelaburan daripada pelbagai syarikat teknologi terkemuka untuk membina pusat data mereka di sini, antaranya Google akan melabur US$2 bilion (US$1=RM4.71), Microsoft telah komited melabur sebanyak US$2.2 bilion dan Nvidia menjanjikan pelaburan US$4.3 bilion kerana ia bekerjasama dengan pemain tempatan, YTL Power International.

Mohd Naz’ri berpendapat kedudukan strategik Malaysia di Asia Tenggara menjadikannya hab ideal untuk memenuhi keperluan digital yang semakin meningkat di rantau ini termasuk Indonesia, Thailand dan Vietnam.

“Ekonomi digital Malaysia berkembang pesat, didorong oleh peningkatan penembusan internet, e-dagang, dan penggunaan perkhidmatan digital, manakala peningkatan kecerdasan buatan (AI), data besar dan pengkomputeran awan di rantau ini mewujudkan permintaan tinggi untuk kapasiti pusat data,” katanya.

Menyuarakan sentimen yang sama, Timbalan Presiden Persatuan Ekonomi Malaysia Profesor Dr Yeah Kim Leng berkata kelebihan perbandingan Malaysia sebagai hab pusat data termasuk tanah yang luas dengan infrastruktur pengangkutan dan komunikasi berkualiti, ditambah dengan ketersediaan bekalan elektrik kos efektif dan boleh dipercayai.

“Faktor penyumbang lain termasuk bencana alam dan perubahan iklim yang agak rendah, akses kepada pekerja mahir dan dapat berkomunikasi dalam pelbagai bahasa, dasar mesra pelabur, seiring dengan aspirasi ekonomi digital negara,” katanya.

Limpahan ekonomi daripada pelaburan pusat data

Menurut Mohd Naz’ri, permintaan terhadap pusat data telah membuka peluang kepada Malaysia untuk meningkat dalam ekonomi digital.

“Menggalakkan penggunaan AI dan pembelajaran mesin merentas industri akan memacu kecekapan, inovasi dan daya saing manakala inisiatif dan insentif kerajaan untuk menyokong permulaan AI dan institusi penyelidikan akan memupuk ekosistem AI yang aktif.

“Pelaburan berterusan dalam membina pusat data tercanggih akan menjadi penting untuk pelaburan infrastruktur supaya Malaysia dapat menarik lebih banyak syarikat teknologi global dengan menawarkan penyelesaian pusat data boleh dipercayai, berskala dan kos efektif,” katanya.

Mohd Naz’ri berkata kehadiran pusat data akan menarik syarikat teknologi lain, memupuk pertumbuhan ekosistem teknologi maklumat (IT) tempatan.

“Permintaan untuk perkhidmatan IT seperti pengurusan rangkaian, keselamatan siber dan analitik data akan meningkat, memberikan peluang kepada syarikat IT tempatan dan syarikat pemula niaga.

“Pusat data juga secara langsung mewujudkan pekerjaan dalam operasi, penyelenggaraan dan keselamatan. Dalam pada itu, mereka menjana pekerjaan tidak langsung dalam industri sokongan seperti pembersihan, katering dan logistik,” katanya.

Yeah berpendapat membina pusat data melibatkan kejuruteraan dan peralatan khusus telah memanfaatkan kedua-dua peralatan elektronik industri dan industri pembinaan.

“Sektor hartanah bersama pembekal dan penyedia perkhidmatan juga dijangka mengalami permintaan lebih kukuh menerusi kemasukan ekspatriat dan pekerja tempatan seterusnya meningkatkan ekonomi tempatan,” katanya.

BERNAMA

BERITA LAIN

Gas asli pastikan lampu rumah menyala

KEKAYAAN sumber gas asli yang ditemukan di ketiga-tiga wilayah – Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak – di negara ini, membolehkan penduduk menikmati bekalan tenaga mampu

Teroka tenaga kerja berkemahiran tinggi

BINTULU: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sering menjadi agenda utama pendidikan negara dalam menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, sejajar dengan keperluan industri

BERITA TERBARU