ARTIKEL

Lukanisman beramah mesra dengan para pelajar yang menyertai Projek Intervensi C-HAT di Sekolah Kebangsaan St Thomas, Kuching hari ini.

Malaysia berdepan masalah kanak-kanak obesiti, kurus

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Malaysia kini berdepan masalah beban berganda malpemakanan dengan peningkatan kadar obesiti di setiap peringkat umur dan masalah kekurangan pemakanan terutamanya dalam kalangan kanak-kanak bawah umur lima tahun.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata hasil Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) menunjukkan peningkatan prevalen berlebihan berat badan dan obesiti dalam kalangan kanak-kanak berumur 13 hingga 17 tahun telah meningkat daripada 24.6 peratus pada 2012 kepada 30.5 peratus pada 2022.

Lukanisman beramah mesra dengan para pelajar yang menyertai Projek Intervensi C-HAT di Sekolah Kebangsaan St Thomas, Kuching hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata masalah kurus dalam kalangan remaja juga masih berlaku iaitu 7 peratus (NHMS 2012) dan meningkat kepada 8.3 peratus (NHMS 2022).

“Kajian NHMS 2017 juga melaporkan 92 peratus murid berumur 10 hingga 17 tahun tidak mengambil sayur-sayuran yang mencukupi dalam sehari, 67 peratus murid tidak mengambil buah-buahan mencukupi sehari dan 70 peratus murid tidak mengambil sarapan pagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Kick-Off Projek Intervensi C-HAT iaitu satu usaha dalam menangani masalah obesiti di sekolah di Sekolah Kebangsaan St Thomas, di sini hari ini.

Baca lain  Lapan jalan utama dikawal polis sempena Ambang 2024 di Tebingan Kuching

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Awam) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Datuk Dr Norhayati Rusli, Pengarah Kesihatan Sarawak Dr Ooi Choo Huck dan timbalan wakil Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia, Sanja Saranovic.

Selain itu, Lukanisman berkata Malaysia juga menduduki tangga kedua tertinggi kanak-kanak dan remaja obes di Asia Tenggara.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU