ARTIKEL

Malaysia cadang perdagangan adil, bebas tangani isu sekuriti makanan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUNMING (YUNNAN): Malaysia mencadangkan kepada pemimpin dunia perdagangan yang adil dan bebas sebagai satu daripada tindakan menangani isu kekurangan rantaian bekalan makanan pertanian.

Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin berkata kekurangan bekalan bekalan makanan yang menyebabkan kenaikan harga bukan sahaja dihadapi oleh Malaysia yang bergantung kepada makanan import, tetapi juga negara lain.

Beliau berkata punca masalah itu disumbangkan oleh geopolitik, perubahan iklim dan halangan akibat peperangan.

“Forum ini membawa kumpulan pemikir dan pemimpin dunia duduk bersama-sama untuk mencari penyelesaian bagi cabaran ini. Pemimpin politik harus berkhidmat kepada rakyat, memahami kesukaran mereka dan kualiti hidup penduduk kita.

“Ramai kanak-kanak mengalami kekurangan zat makanan dan sebab itu kita perlu mencari penyelesaian kepada masalah ini. Saya, mewakili Malaysia mencadangkan beberapa penyelesaian (bagi isu ini),” katanya kepada Bernama selepas Bengkel Parti Politik dengan Kerjasama Pertanian di sini pada Khamis.

Bengkel itu dihadiri oleh pemimpin dari negara Asia Tenggara dan Asia Selatan dan dikendalikan oleh Dialog Communist Party of China (CPC) yang berlangsung di Akademi Sains Pertanian Yunnan (YAAS) di sini.

Sim berkata cadangan itu termasuk keperluan memperkukuh kerjasama antara negara bagi membekalkan keperluan makanan setiap negara.

“Setiap daripada kita bergantung antara satu sama lain dari segi makanan. Jadi, bila saya cadangkan kita ada perdagangan yang adil dan bebas maksudnya seperti laluan kapal yang bebas dan sebagainya supaya makanan boleh sampai.

“Kedua, lihat pada kelebihan daya saing kita … contoh kelebihan Malaysia ialah kelapa sawit, getah, buah-buahan tropika dan makanan laut, jadi kita harus ada perdagangan global, maka harga akan lebih murah kalau kita bekerjasama,” katanya.

Sim yang juga Timbalan Pengarah Strategi PKR berkata untuk mengatasi kekurangan makanan, Malaysia juga perlu memanfaatkan teknologi penyelidikan dan pembangunan (R&D).

“Di Malaysia kita ada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Institut Penyelidikan Perikanan (FRI), Institut Penyelidikan Getah (RRI) dan Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia yang kesemuanya hebat-hebat.

“Kita boleh berkongsi pengetahuan dengan dunia dan sebagai situasi menang-menang, mereka kongsi pengetahuan dengan kita … bertujuan supaya kita dapat penyelidikan yang lebih baik,” katanya.

Sim juga berharap bengkel itu akan mengukuhkan kerjasama antara Malaysia, China serta negara di Asia Tenggara dan Asia Selatan dari segi perkongsian idea, pengetahuan penyelidikan dan pengalaman.

— BERNAMA

BERITA LAIN

PERKESO lancar operasi kesan majikan besar-besaran

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melancarkan Operasi Pengesanan Majikan (Ops Kesan) Peringkat Kebangsaan 2024 secara serentak melibatkan 54 pejabat PERKESO di seluruh negara, semalam.

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP