ARTIKEL

Malaysia cadang wujudkan wilayah ekonomi serantau Johor-Singapura

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISKANDAR PUTERI: Malaysia bercadang untuk mewujudkan wilayah ekonomi serantau antara Johor dan Singapura dalam usaha mengukuhkan potensi ekonomi negeri tersebut.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata sebelum ini sudah ada idea atau cadangan awal daripada kerajaan negeri, kerajaan persekutuan dan kerajaan Singapura menerusi pertemuan berkala ketiga-tiga pihaK namun ia belum lagi diangkat sebagai cadangan rasmi.

“I think we are ready to see in what way Singapore view Johor as part of the economic zone because we also have our ideas and proposal on how we view Singapore as part of our economic zone.

“Sekarang saya rasa masa sesuai untuk bawa idea dan perbincangan itu dan mulakan (perbincangan) untuk melakukannya secara formal,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri sesi libat urus kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, di sini, semalam.

Bagaimanapun, Rafizi berkata cadangan itu akan dikemukakan pada mesyuarat Kabinet terlebih dahulu sebelum dibawa ke Mesyuarat Tahunan Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri Malaysia-Singapura untuk Iskandar Malaysia (JMCIM) yang dijangka diadakan pertengahan Julai ini.

Terdahulu, pada sesi dialog libat urus itu Rafizi dalam ucapannya berkata Johor akan terus menjadi antara pemacu ekonomi negara terbesar pada masa hadapan, susulan potensi dan kedudukan strategiknya di rantau ini.

Beliau berkata dengan negara memberi fokus kepada sektor peralihan tenaga, Johor berpotensi menjadi penerima manfaat terbesar terutama dengan kedudukannya bersebelahan Singapura.

Ia turut didokong dengan keputusan kerajaan yang kini membenarkan aktiviti pengeksportan tenaga boleh diperbaharui, katanya.

“Johor akan jadi salah satu negeri yang paling berpotensi mendapat laba daripada projek aktiviti peralihan tenaga melibatkan tenaga boleh baharu.

Dalam pada itu, Pengerang bukan sahaja dijadikan pusat kimia dan petrokimia tetapi juga perintis kepada tenaga ammonia dan hidrogen,” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU