ARTIKEL

Malaysia Centre for 4IR bakal wujudkan ekosistem, rantaian bekalan tenaga kerja berterusan – Tengku Zafrul

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Penubuhan Pusat bagi Revolusi Perindustrian Keempat Malaysia (Malaysia Centre for 4IR) penting bagi mewujudkan satu ekosistem dan rantaian bekalan tenaga kerja yang berterusan untuk memacu pelaburan langsung domestik (DDI). 

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Malaysia Centre for 4IR bukan sahaja mampu menarik pelaburan langsung asing (FDI), namun ia juga akan menarik minat syarikat multinasional untuk melabur. 

“Pusat itu lebih tertumpu kepada pemain domestik juga, kerana apabila pemain industri datang melabur, syarikat multinasional datang juga. Mereka memerlukan ekosistem yang sesuai…ia bermakna ekosistem dan kluster yang sesuai untuk menyokong syarikat multinasional besar agar perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat bersaiz sederhana dapat melakukan pembekalan, perkhidmatan, penyenggaraan dan sebagainya.

“Saya fikir penting bagi industri kita untuk bersedia kerana apabila pelaburan masuk dan apabila pelabur besar domestik terus melabur, kita mahu keseluruhan ekosistem dan rantaian bekalan, terutamanya PKS untuk terlibat,” katanya kepada media pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri MITI, semalam.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penubuhan Malaysia Centre for 4IR, sebuah pusat bebas dalam ekosistem global Forum Ekonomi (WEF) yang akan menumpukan kepada dua keutamaan iaitu transformasi digital dan GovTech serta peralihan tenaga. 

Pusat itu merupakan yang pertama di rantau ASEAN yang bakal menjadi platform bagi pemimpin kerajaan dan perniagaan, ahli akademik dan pakar untuk mewujudkan hab inovasi dan kepakaran bagi memanfaatkan potensi teknologi baru muncul.

Mengenai transformasi digital dan GovTech, pusat yang dihoskan oleh MyDIGITAL Corporation itu akan menumpukan kepada bidang untuk mempercepat fasa pertumbuhan seterusnya agenda transformasi digital Malaysia dan peranan yang boleh dimainkannya untuk memudahkan usaha bagi transformasi digital ASEAN. 

Selain itu, pusat tersebut juga akan menyokong Dasar Tenaga Malaysia 2022-2040, untuk mengemudi peralihan tenaga dan pembangunan ekonomi hijau sambil mengimbangi isu seperti jaminan tenaga, kemampuan dan kemampanan alam sekitar. – BERNAMA

BERITA LAIN

“Kalau tak siap, siap kau.” – Fadillah

KUCHING: “Kalau tak siap (projek), siap kau (kontraktor),” itu gurauan tegas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, kepada pihak kontraktor bagi Projek Pembangunan Lembangan

KOBIS Bhd memperkasa belia lonjak pendapatan

KUCHING: KOBIS Bhd, yang diketuai oleh pengerusinya, Zaiwin Kassim, dan ahli lembaga lain, mengunjungi Pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) kelmarin. Delegasi tersebut disambut oleh Pengarah

Pupuk ketelusan dalam amalan perolehan

KUALA LUMPUR: Commerce Dot Com Sdn Bhd (CDC) dan Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia (MICG) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memupuk ketelusan, akauntabiliti dan standard

BERITA TERBARU

Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee

KUALA LUMPUR: Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu, mempunyai pengalaman luas pada peringkat negeri dan persekutuan