ARTIKEL

Malaysia dapatkan kepakaran UAE

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DUBAI: Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin menyatakan minat Malaysia untuk belajar daripada keupayaan kecerdasan buatan (AI) termaju UAE.

Beliau berkata, potensi untuk bekerjasama dapat diwujudkan dan diperkukuh lagi. Memetik tema perhimpunan global itu,

“Membentuk Kerajaan Masa Depan” (Shaping Future Governments) sebagai idea yang hebat, Ahmad Fadil berkata; “Dalam konteks ini, saya yakin Malaysia mempunyai peluang terbaik untuk bekerjasama dengan Kerajaan UAE kerana mereka maju dalam AI,” katanya.

Ahmad Fadli juga menggariskan cita-cita Malaysia dalam tenaga boleh diperbaharui dan pengurusan data dan potensi kerjasama dalam kedua-dua bidang itu.

“Saya percaya Kerajaan Malaysia melalui sektor tenaga boleh diperbaharui yang diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam, Datuk Seri Fadillah Yusof dapat meneroka lebih lanjut peluang dalam pusat data dan sektor tenaga.

“Malaysia mempunyai kepakaran, cuma kita (Malaysia) perlu memanfaatkan kerjasama dengan entiti terkemuka di negara kita untuk manfaat bersama-sama dalam AI,” katanya ketika ditemui Bernama di luar Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia (WGS 2024) yang diadakan di sini pada Selasa.

Dalam langkah untuk meningkatkan kerjasama dalam tenaga boleh diperbaharui dan AI, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasi melawat pejabat MASDAR City dan Mohamed bin Zayed University of Artificial Intelligence (MBZUAI) yang terletak di MASDAR City Oktober lepas.

Pada Januari lepas, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Malaysia dan Kementerian Pelaburan UAE mengukuhkan komitmen mereka untuk meningkatkan kerjasama pelaburan dalam sektor infrastruktur digital.

MITI berkata kedua-dua pihak menandatangani memorandum persefahaman (MoU) menandakan perkongsian strategik pembangunan pusat data di Malaysia dengan projek berpotensi dijangka mencapai jumlah kapasiti 500 megawatt.

UAE merupakan rakan dagang kedua terbesar Malaysia, destinasi eksport kedua terbesar dan sumber import kedua terbesar dari Asia Barat.

BERITA LAIN

Perodua pamer prototaip EV pertama di Malaysia Autoshow 2024

SERDANG, Selangor: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mengorak langkah dalam pembangunan teknologi elektriknya dengan memperkenalkan prototaip kenderaan elektrik (EV) pertamanya, Myvi Conversion. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk

BERITA TERBARU