Semua sekolah di Sarawak akan dinaik taraf mengikut standard tertentu

Malaysia diberi 14,306 kuota haji

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan Malaysia diberikan 14,306 kuota haji bagi tahun ini berbanding 31, 600 jemaah pada 2019.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, ini merupakan 45% daripada kuota tahunan biasa untuk menunaikan Rukun Islam kelima.

“Ini tentunya berikutan penilaian dan langkah berjaga-jaga demi memastikan kesihatan dan keselamatan semua jemaah haji dari seluruh dunia,” katanya dalam pengumuman langsung melalui Facebook.

Kerajaan Arab Saudi menetapkan hanya sejuta jemaah haji untuk musim ini berbanding 2.5 juta orang pada 2019.
Katanya, Arab Saudi turut menetapkan hanya jemaah haji berusia 65 tahun ke bawah, tiada penyakit kronik dan mempunyai sijil vaksinasi Covid-19 boleh menunaikan haji tahun ini.

Beliau merakamkan rasa syukur dan memberi penghargaan kepada kerajaan Arab Saudi dengan jumlah kuota diberikan kepada jemaah haji Malaysia.

“Ini berita baik untuk umat Islam di Malaysia yang sudah menunggu sejak dua tahun lalu untuk menunaikan rukun Islam kelima ini,” katanya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

23 Mac 2023

Berita Terbaru