ARTIKEL

Ahmad Jais Baharun

Malaysia gagal jadi juara regu berpasukan sepak takraw, Ahmad Jais mohon maaf

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Tiada kata-kata yang mampu disuarakan pengendali skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun selain ucapan maaf selepas gagal menunaikan impian menjuarai acara regu berpasukan pada final kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa di sini, semalam.

Ahmad Jais berkata skuad Thailand masih lengkap daripada segenap aspek berbanding pasukan bimbingannya pada pertembungan itu yang menyaksikan Malaysia terus kempunan menamatkan kemarau 33 tahun bergelar juara acara berpasukan.

Kali terakhir Malaysia muncul juara acara berpasukan ialah pada Sukan SEA Manila 1991 sebelum menyaksikan skuad negara terpaksa menunggu lama untuk memecahkan dominasi skuad Gajah Putih dalam sukan sepak takraw.

“Saya bagi pihak pasukan kebangsaan memohon maaf kepada semua peminat kerana gagal memecah dominasi Thailand.

Secara peribadi kita lihat beberapa elemen dalam permainan khusus regu kedua dan ketiga.

“Itu antara penyebab kita gagal memberi saingan kepada pasukan Thailand dan kita kena sedar bahawa tiada jalan mudah untuk pemain kita capai prestasi terbaik,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

Bekas tekong negara itu dalam masa sama mahu keputusan dilakar pada final itu tidak sama sekali mematahkan semangat negara untuk terus berjuang sementara akan menggunakan masa yang ada untuk membentuk kembali dan membaiki kekurangan yang ada bagi mengharungi kejohanan antarabangsa lain.

Malaysia akan mengharungi satu lagi kejohanan besar iaitu Piala Raja Thai yang akan diadakan di Bangkok pada awal September depan.

Terdahulu pada aksi final, regu utama negara Farhan Adam (apit kiri), Mohammad Syahir Mohd Rosdi (tekong) dan Mohamad Azlan Alias (apit kanan) meraih mata pertama buat negara ke atas Thailand 9-15, 15-11, 15-13.

Bagaimanapun, Thailand menyamakan kedudukan 1-1 menewaskan regu kedua negara Amirul Zazwan Amir, Muhammad Haziq Hairul Nizam dan Muhammad Noraizat Mohd Nordin 15-8 dan 15-5 pada perlawanan kedua.

Thailand kemudian menoktahkan kemenangan untuk menjulang trofi Piala Dunia edisi keempat itu dengan kemenangan 15-12 dan 15-12. — BERNAMA

BERITA LAIN

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan

Perlindungan kanak-kanak diperketat

PETRA JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam proses meminda Akta Kanak-Kanak 2001, bagi memperketatkan lagi perlindungan terhadap kanak-kanak. Menterinya, Datuk Seri Nancy

BERITA TERBARU

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan