ARTIKEL

SENATOR… Pele Peter Tinggom menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara di Bangunan Parlimen pada 5 Mac lepas.

Malaysia harus ambil peluang ceburi teknologi peralihan tenaga dan tenaga boleh diperbaharui

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Malaysia harus mengambil peluang dalam menceburi teknologi peralihan tenaga dan tenaga boleh diperbaharui yang memberi pendapatan tambahan kepada ekonomi negara.

Ahli Dewan Negara, Senator Pele Peter Tinggom, berkata pada peringkat global, kebanyakan negara telah mengambil kesempatan untuk menceburi teknologi peralihan tenaga dan tenaga boleh diperbaharui berteraskan hidrogen dan pembinaan empangan melata.

Katanya, ia bagi menampung permintaan tenaga boleh diperbaharui yang semakin meningkat dan boleh mengurangkan pelepasan karbon ke alam sekitar.

“Ini akan membantu dunia mengurangkan perubahan iklim yang menjadi agenda global dan harus ditangani secara menyeluruh, termasuk Malaysia.

“Permintaan tenaga melalui peralihan tenaga dan tenaga boleh diperbahuarui akan meningkat dan peluang ini harus diambil oleh negara kita, memandangkan kita mempunyai sumber asli seperti air dan sungai bagi tujuan tersebut,” katanya dalam perbahasan Usul Junjung Titah Diraja di Dewan Negara hari ini.

Pele berkata, ia secara langsung akan membawa pendapatan berbillion ringgit kepada negara.

Katanya lagi, pendekatan ini juga pasti dapat menjana pendapatan negara yang tidak akan membebankan rakyat dari segi kos sara hidup, kos perkhidmatan dan kos keperluan harian lain.

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,