ARTIKEL

Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir. | BERNAMA

Malaysia, India pertimbang guna matawang masing-masing dalam perdagangan dua hala – Zambry

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Malaysia dan India sedang mempertimbangkan penggunaan matawang masing-masing dalam urusan perdagangan dua hala dalam usaha memperluas kerjasama ekonomi, kata Menteri Luar Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Perkara itu merupakan antara isu yang dibincangkan semasa Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) yang dipengerusikan beliau bersama Menteri Luar India Subrahmanyam Jaishankar di New Delhi pada Selasa.

Menteri luar itu berkata walaupun langkah berkenaan mungkin dilihat “sesetengah pihak” sebagai menghentikan pergantungan kepada dolar Amerika Syarikat (AS), Malaysia sebaliknya melihat ia sebagai cara untuk mengukuhkan mata wang negara dan melindunginya daripada “turun naik sepanjang masa”.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU