ARTIKEL

Malaysia ke arah negara tua

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MENURUT Jabatan Perangkaan Malaysia, terdapat seramai 3.8 juta atau 11.3 peratus penduduk di Malaysia berumur 60 tahun dan lebih pada 2023.

Jumlah penduduk Malaysia pada 2023 dianggarkan 33.4 juta berbanding 32.7 juta pada 2022 dengan kadar pertumbuhan penduduk tahunan 2.1 peratus.

Peningkatan kadar pertumbuhan penduduk ini disebabkan pertambahan bilangan penduduk bukan warganegara yang lebih tinggi iaitu meningkat daripada 2.5 juta (2022) kepada 3.0 juta (2023).

Penduduk warganegara juga meningkat daripada 30.2 juta pada 2022 kepada 30.4 juta pada 2023 dengan pertumbuhan kecil iaitu 0.7 peratus.

Dalam perkembangan tersebut, Malaysia dijangka mencapai status negara tua pada 2030, dengan kadar 15 peratus daripada populasi adalah yang berumur 60 tahun dan ke atas.

Menurut Jadual Hayat Ringkas, Malaysia, 2021-2023 untuk gambaran keseluruhan pula, seorang bayi yang lahir pada 2021, 2022 dan 2023 secara purata dijangka hidup sehingga 74.0 tahun, 73.8 tahun dan 74.8 tahun.

Seorang bayi lelaki yang lahir pada 2021, 2022 dan 2023 secara purata dijangka hidup sehingga 71.8 tahun, 71.5 tahun dan 72.5 tahun.

Seorang bayi perempuan yang lahir pada 2021, 2022 dan 2023 secara purata pula dijangka hidup sehingga 76.5 tahun, 76.4 tahun dan 77.4 tahun.

Bagi jangkaan mengikut umur, seorang lelaki yang mencapai umur 15 tahun pada 2023 dijangka hidup selama 58.3 tahun lagi. Manakala bagi perempuan dijangka hidup selama 63.1 tahun lagi.

Sementara itu, seorang lelaki yang mencapai umur 60 tahun pada 2023 dijangka hidup selama 18.3 tahun lagi dan perempuan dijangka hidup selama 21.1 tahun lagi.

Ketika usia 65 tahun pada 2023 pula, seorang lelaki dijangka hidup selama 14.9 tahun lagi dan perempuan selama 17.2 tahun lagi.

Statistik ini membawa kepada Malaysia negara tua dengan kadar 15 peratus daripada populasi berumur 60 tahun dan ke atas mampu dicapai.

PERSEDIAAN

Status Malaysia sebagai negara tua berlaku dalam tempoh kurang tujuh tahun lagi.

Adakah Malaysia bersedia?

Pelbagai perkhidmatan dan kemudahan bersifat mesra warga emas harus dilakukan oleh pihak berwajib untuk keselesaan golongan ini baik dari segi kesihatan, kos sara hidup dan kemudahan awam.

Kemudahan seperti tempat duduk khas dan pemegang khas di kawasan awam mungkin tidak kelihatan penting ketika ini, namun ia harus dijadikan sebagai infrastuktur wajib.

Di hospital misalnya, mungkin boleh dikategorikan sebagai kawasan warga emas paling banyak singgah.

Kemudahan mesra warga tua harus Status Malaysia sebagai negara tua berlaku dalam tempoh kurang tujuh tahun lagi.

Kemudahan mesra warga tua harus diperbanyak.

Walaupun dikatakan warga emas memiliki keutamaan di hospital, namun memandangkan jumlah pesakit ke hospital sangat ramai pada setiap hari, ia tetap menjadi hari yang panjang untuk mereka.

Justeru, bagi mengurangkan kesesakan di hospital dan fasiliti kesihatan awam, Kerajaan Pusat melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenalkan Skim Perubatan Madani di klinik panel berdaftar.

Skim ini memberi manfaat kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan memberi nilai perlindungan manfaat kepada mereka yang berkeluarga, warga emas dan bujang Manfaat rawatan percuma meliputi isi rumah berkeluarga sebanyak RM250, warga emas (RM125) dan bujang (RM75).

Rawatan pula bagi pesakit luar kes akut merangkumi demam, selsema, cirit-birit, muntah, terseliuh, sakit kepala dan trauma ringan seperti luka ringan.

Selain itu, sinonim untuk persediaan hari tua ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pun begitu, sebanyak RM145 bilion dikeluarkan daripada KWSP oleh 8.1 juta ahli ketika pandemik Covid-19 lalu pastinya menjejaskan simpanan tua mereka.

Ia juga menjadi sebab Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tidak membenarkan lagi pengeluaran KWSP dan mencari jalan yang lebih sesuai bagi mengurangkan beban rakyat.

Sementara itu, inisitif Kerajaan Negeri melalui Kenyalang Gold Card (KGC) menyediakan kemudahan dan akses untuk orang Sarawak yang layak menerima pelbagai inisiatif seperti diskaun dan tawaran istimewa.

KGC adalah automatik dan percuma untuk individu berumur 60 ke atas pada 1 Januari 2020, warganegara Malaysia dengan status ‘K’ pada kad pengenalan dan penduduk tetap Sarawak.

KGC menyediakan keistimewaan serta kelebihan seperti diskaun pada produk dan perkhidmatan untuk penduduk Sarawak daripada rakan vendor strategik KGC.

Ia juga menawarkan bantuan belas ihsan RM3,000 untuk menampung perbelanjaan pengebumian sekiranya pemegang kad meninggal dunia.

Justeru, baik kemudahan dan perkhidmatan daripada kerajaan atau persediaan sendiri, hari tua pasti tiba.

Persediaan hari tua anda bermula pada hari ini.

LAIN-LAIN BERITA

Kayu ukur kejayaan

BERADA dalam dunia siber hari ini, kita sering menyaksikan perkongsian pelbagai pencapaian dan kejayaan sama ada dalam pelajaran, kerjaya mahupun kebahagiaan. Ada kalanya, ia menjadi

Perempuan hidup lebih lama

SEKIRANYA bayi anda lahir pada 2021, 2022 dan 2023, secara purata dijangka hidup sehingga 74.0 tahun, 73.8 tahun dan 74.8 tahun. Ia bedasarkan Jadual Hayat

Pembangunan fizikal luar bandar jadi keutamaan

MEMANDANGKAN Sarawak wilayah terbesar di Malaysia, ia menjadi cabaran pembangunan untuk rakyatnya menikmati kemajuan. Kawasan luar bandar memerlukan kemajuan dari segi pembangunan fi zikal terlebih

Demam anak raja

SAYA selalu terfikir; apakah rasanya menjadi anak raja? Teringin untuk merasa kehidupan sebagai anak raja dan tinggal di istana. Kata orang, angan-angan itu wangian, walaupun

Percepat penurunan kuasa

SECARA asas, sistem pembahagian kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri meliputi perundangan dan pemerintahan. Tujuannya untuk melicinkan urus tadbir. Di bawah Senarai Persekutuan, ia meliputi

Beli rumah atau sewa?

TAK PERLU BELI RUMAH, ia membebankan, lebih baik kita sewa sahaja. Demikian, antara kata-kata yang sering kali kita dengar daripada segelintir masyarakat yang sangat takut

BERITA TERBARU

Bantu pusat jagaan warga emas

KUCHING: Syarikat besar di Sarawak diseru untuk membantu pusat jagaan warga emas seperti Lions Nursing Home terutama sekali dalam usaha melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR).