ARTIKEL

BERAMAL… Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, menyampaikan Bantuan Bakul Makanan sempena Ramadan di Masjid Kariah Kampung Siliau, Rantau di sini hari ini.

Malaysia kecewa Majlis Keselamatan PBB gagal buat ketetapan gencatan senjata

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

REMBAU: Malaysia kecewa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekali lagi gagal membuat ketetapan gencatan senjata dalam konflik Palestin-Israel, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata usaha itu adalah percubaan kesembilan oleh Majlis Keselamatan PBB dalam tempoh dua bulan bagi membebaskan rakyat Palestin.
 
“Ketetapan dicadangkan Amerika Syarikat (AS) tidak dipersetujui Rusia dan China kerana terdapat beberapa perkara tidak menyentuh secara menyeluruh.

“AS menggunakan kesempatan ini untuk menggelar Hamas sebagai pengganas.

“Malaysia tidak bersetuju Hamas digelar sebagai pengganas, dan ketetapan itu juga tidak menyebut bahawa rakyat Palestin dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka sebaliknya menyebut bahawa tebusan Hamas perlu dikembalikan kepada Israel,” katanya kepada pemberita.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan bakul makanan sempena Ramadan kepada penerima bantuan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Siliau di Masjid Kariah Kampung Siliau di sini hari ini.

Mohamad berkata Majlis Keselamatan PBB akan mengadakan sidang tergempar untuk mencapai kata sepakat bagi isu tersebut.

Baca lain  Kisah Ruben Guru India di pedalaman

Menurutnya, Malaysia membawa suara tegas dan menyeru supaya pembunuhan terhadap wanita dan kanak-kanak khususnya dihentikan serta-merta. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,