ARTIKEL

Malaysia kekalkan lebihan dagangan RM12.41 bilion bagi November 2023

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Malaysia mengekalkan lebihan dagangan bernilai RM12.41 bilion bagi November 2023 sekali gus menjadi lebihan dagangan yang ke-43 bulan berturut-turut sejak Mei 2020.


Bagaimanapun, perdagangan Malaysia mencatatkan pengurangan sederhana sebanyak 2.4 peratus tahun ke tahun kepada RM231.79 bilion, dengan eksport susut 5.9 peratus untuk mencecah RM122.10 bilion manakala import mengembang 1.7 peratus kepada RM109.69 bilion.


“Prestasi ini seiring dengan rakan dagang utama Malaysia yang lain seperti Taiwan, China dan Indonesia apabila masing-masing merekodkan pertumbuhan perdagangan negatif pada November 2023 serta pengurangan dalam import global,” menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan pada Selasa.

LAIN-LAIN BERITA

Lelaki tembak mati 12 ahli keluarga di Iran

Seorang lelaki menembak mati 12 ahli keluarganya termasuk bapa, abang dan beberapa kanak-kanak di sebuah bandar kecil di tenggara Iran pada Sabtu, lapor Agensi Berita

BERITA TERBARU

Bantu pusat jagaan warga emas

KUCHING: Syarikat besar di Sarawak diseru untuk membantu pusat jagaan warga emas seperti Lions Nursing Home terutama sekali dalam usaha melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Batu Kawa deka bisi ‘water park’

KUCHING: Peranak ba Sitak Kunsil Nengeri (DUN) Batu Kawa deka terus ngasaika transformasyen pemansang lebuh pengawa ngerichah peluang dagang temuai ari perambu ngaga taman rekreasyen