ARTIKEL

Malaysia kesal pendirian beberapa negara barat berhubung isu kemanusiaan di Gaza

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Malaysia berasa kesal dengan pendirian beberapa negara barat yang seolah-olah “tidak mempunyai masa” untuk menghentikan kezaliman, penindasan di Gaza serta bersikap dingin ke atas usaha penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata Malaysia tegas dengan pendirian supaya segala bentuk serangan terhadap orang ramai, termasuk wanita dan kanak-kanak Palestin dihentikan, dan bantuan dari sudut kemanusiaan disalurkan kepada mereka.

Bagaimanapun katanya beberapa pemimpin negara Arab yang ditemuinya sehingga kini memberikan respons positif ke atas isu yang dibangkitkan Malaysia berhubung perkembangan di Gaza.

LAIN-LAIN BERITA

Lelaki tembak mati 12 ahli keluarga di Iran

Seorang lelaki menembak mati 12 ahli keluarganya termasuk bapa, abang dan beberapa kanak-kanak di sebuah bandar kecil di tenggara Iran pada Sabtu, lapor Agensi Berita

BERITA TERBARU

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim