ARTIKEL

Malaysia komited majukan tenaga boleh diperbarui, mudahkan urusan perniagaan dengan UAE

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa Malaysia komited memajukan tenaga boleh diperbaharui selain memudahkan urusan perniagaan dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar berkata perkara itu dizahirkan pada pertemuan dengan Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, yang juga Pemerintah Abu Dhabi, semasa lawatan kerja dua hari beliau ke Abu Dhabi pada 5 dan 6 Okt lepas. 

Perdana Menteri berkata lawatan kerja yang hanya berlangsung dalam tempoh kira-kira 36 jam itu menyaksikan beliau turut bertemu beberapa menteri kanan yang terlibat dalam hal ehwal ekonomi, perdagangan dan pelaburan, pemegang taruh dana kekayaan berdaulat UAE, Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) dan syarikat-syarikat perniagaan terbesar di negara itu.

“Dalam lawatan yang singkat tersebut, Malaysia berjaya meraih manfaat besar terutama dalam aspek pelaburan dari negara teluk itu dengan menjana pelaburan komited berjumlah RM40.6 bilion (US$8.6 bilion) dalam sektor seperti tenaga boleh diperbaharui, aeroangkasa dan logistik.

“Insya-Allah, saya yakin perencanaan yang telah disusun serta dirangka ini mampu menjadikan Malaysia sebagai antara hab terpenting bagi sektor tenaga boleh diperbaharui,” katanya. 

— BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Mesyuarat mingguan hingga 20 Mac selesai isu padi, beras

KUALA LUMPUR: Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta majlis itu

Fahmi ulang jaminan keselamatan sistem PADU

Kerajaan mengulangi jaminan terhadap keselamatan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) susulan dakwaan sistem yang mengumpulkan data peribadi rakyat Malaysia itu digodam. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil

BERITA TERBARU

Sedar mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Mi kolo digazet nyadi Pemakai Pesaka Menua

KUCHING: Pemakai ti dikerindu mensia mayuh di Sarawak, mi kolo diatu udah digazet nyadi siti Pemakai Pesaka Menua tauka ‘Makanan Warisan Kebangsaan’. Pekara nya mega

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku