ARTIKEL

Malaysia kutuk serangan besar-besaran Israel ke atas Rafah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PUTRAJAYA: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan besar-besaran Israel di bandar Rafah selatan Gaza, zon orang awam Palestin mendapatkan perlindungan.

Kementerian Luar (Wisma Putra) berkata, serangan kejam dan tidak berperikemanusiaan itu akan meningkatkan lagi ketegangan dan malapetaka kemanusiaan yang pasti akan merencatkan segala usaha menghentikan peperangan dan gencatan senjata yang berkekalan.

“Malaysia menuntut Israel menghentikan serangan tersebut dan mematuhi segala peruntukan undang-undang antarabangsa,” menurut Wisma Putra dalam kenyataan pada Isnin.

Operasi ketenteraan berniat jahat itu jelas menunjukkan matlamat ulung rejim Zionis menghapuskan rakyat Palestin dari tanah air mereka sendiri.

Ia juga jelas memperlihatkan sikap angkuh rejim Zionis membelakangkan prinsip undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan menghina keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa pada 26 Jan lepas mengenai enam tindakan sementara yang mesti diambil Israel termasuk mencegah pembunuhan beramai-ramai penduduk Gaza.

“Masyarakat antarabangsa tidak boleh membenarkan tindakan sedemikian berlaku secara terang-terangan tanpa sebarang tindakan,” menurut Wisma Putra.

Malaysia menyokong seruan Setiausaha Agung PBB dan mendesak Majlis Keselamatan PBB untuk mengambil tindakan berani menghalang malapetaka oleh rejim Zionis dan menekan masyarakat antarabangsa melaksanakan tanggungjawab dan menghentikan sebarang sokongan kepada rejim yang secara terbuka mengabaikan segala usaha meredakan ketegangan.

Wisma Putra berkata, Malaysia kekal dengan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan Palestin dalam mendapatkan kembali hak mereka, penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara Palestin dan diterima sebagai anggota penuh PBB.

Agensi Berita Palestin WAFA melaporkan serangan kejam Israel ke atas Rafah pada awal pagi Isnin membunuh lebih 100 orang awam, termasuk kanak-kanak dan wanita, dengan ratusan lagi cedera.

Kira-kira 1.4 juta rakyat Palestin kini berada di Rafah selepas tentera Israel memaksa perpindahan beramai-ramai penduduk dari utara ke selatan Gaza. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Penghormatan terakhir buat Kiptum

ELDORET: Beratus-ratus orang berkumpul di hab olahraga Kenya di Eldoret pada Khamis untuk penghormatan terakhir bagi pelari maraton dunia, Kelvin Kiptum yang meninggal dunia pada

Mangsa Gaza saman kerajaan Jerman

BERLIN, Jerman: Mangsa serangan Israel memfailkan aduan jenayah terhadap pegawai tinggi kerajaan Jerman kerana menyokong jenayah perang Israel dan genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza,

Koleksi peribadi Elton John dilelong

NEW YORK: Hampir AS$100,000 kasut perak monogram Elton John dan sekitar AS$2 juta untuk lukisan kembar tiga oleh artis jalanan Banksy daripada koleksinya, iaitu barangan

Jokowi rasmi pelabuhan kedua terbesar

JAKARTA: Presiden Joko Widodo atau Jokowi pada Khamis merasmikan Makassar New Port di Sulawesi Selatan yang matlamatnya untuk meningkatkan kecekapan logistik di timur Indonesia, ketika

BERITA TERBARU