Malaysia LNG sumbang tiga peralatan perubatan kepada Hospital Bintulu

BINTULU: Malaysia LNG Sdn Bhd (MLNG), anak syarikat PETRONAS hari ini menyumbang tiga peralatan perubatan kepada Hospital Bintulu untuk manfaat komuniti setempat.

Sumbangan peralatan berupa penganalisis kimia klinikal (Clinical Chemistry Analyser), mesin hemodialisis dan sistem pembersihan air RO itu disampaikan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS LNG 9 dan Kumpulan Syarikat Malaysia LNG, Mohamed Syazwan Abdullah @Laga Jenggi.

Dengan sumbangan tersebut, Hospital Bintulu kini memiliki dua unit penganalisis kimia klinikal dan 28 unit mesin hemodialisis.

Dalam ucapan ringkasnya, Mohamed Syazwan berharap sumbangan itu akan membantu meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan yang disediakan oleh hospital terbabit di samping dapat membantu meringankan masa menunggu pesakit untuk mendapatkan rawatan.

“Ini adalah sebahagian daripada komitmen PETRONAS untuk menjaga kesejahteraan masyarakat di Sarawak, ,katanya lagi

Pada tahun 2015, MLNG turut menyumbang peralatan perubatan bernilai RM1.5 juta kepada Unit Kebakaran Hospital Bintulu.

Ketua Jabatan Patalogi Hospital Bintulu, Dr Cedric Chang Fa Sheng hadir sama.

TANGGUNGJAWAB SOSIAL …Mohamed Syazwan menyerahkan mesin hemodialisis kepada Dr Cedric.