ARTIKEL

Malaysia lokasi sesuai Nippon Designers School lebarkan sayap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MALAYSIA sebagai wadah tumpuan pelbagai agama dan bangsa, menjadi lokasi sesuai bagi Nippon Designers School (NDS) Jepun yang menawarkan kursus ilustrasi Manga dan animasi 3D untuk membuka cawangan pertamanya di luar daripada negara matahari terbit itu.

Ketua Pegawai Eksekutif IRFIGO Sdn Bhd, Song Songryol berkata penting untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dari sudut perspektif antarabangsa kepada pelajar pusat pengajian ini, sekali gus menyifatkan Malaysia sebagai lokasi ideal berikutan kepelbagaiannya, yang menjadi elemen penting dalam industri kreatif. 

“Ini adalah pusat pengajian vokasional Jepun yang pertama dan satu-satunya di Malaysia.

“Kami berhasrat untuk menjadi penghubung antara Malaysia dengan Jepun.

Inilah sebabnya kami mempunyai ‘Plus Japan’ dalam silibus kami di Malaysia, begitu juga sebaliknya di Jepun,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama baru-baru ini.

Pusat pengajian ini yang ditubuhkan di Shibuya, Tokyo pada 1965 mempunyai pengalaman lebih 50 tahun dalam bidang kreatif.

Cawangan keduanya dibuka di Fukuoka, Jepun pada 1968, manakala NDS Malaysia yang dikendalikan oleh IRFIGO adalah cawangan ketiganya yang memulakan operasi pada 2022.

Song berkata, hubungan bilateral yang baik antara Putrajaya dengan negara-negara lain turut memberikan kelebihan tambahan yang seterusnya menjadikan Malaysia sebagai hab bagi rangkaian pusat pengajiannya.

“Selain itu, banyak syarikat hiburan dan berorientasikan kreatif di Jepun turut memburu peluang di Malaysia,” katanya sambil memaklumkan antara syarikat itu adalah OLM Asia Sdn Bhd yang menghasilkan siri animasi terkenal, Pokémon.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan langkah membuka pusat pengajian di Malaysia sebagai keputusan perniagaan yang baik dan mewujudkan spektrum menyeluruh terhadap industri kreatif.

PASARAN ANIME BERNILAI AS$400 BILION

Pengurus Besar RFIGO, Takanori Tomita berkata NDS melabur sekitar RM10.5 juta untuk menubuhkan pusat pengajiannya di Malaysia yang ketika ini menawarkan dua kursus pada peringkat diploma iaitu Diploma Ilustrasi Manga dan Diploma Animasi 3D.

Beliau berkata pengambilan pertama pelajar bagi Diploma Ilustrasi Manga dilaksanakan pada September 2022 dan mempunyai 90 pelajar, manakala Diploma Animasi 3D yang dimulakan pada Jun 2023 mempunyai 10 pelajar.

Kursus ini diadakan untuk merebut peluang dalam pasaran anime global yang dianggarkan bernilai AS$400 bilion dan dijangka berkembang kepada AS$550 bilion pada 2030, yang meliputi jualan kandungan anime dan barang niaga, katanya.

Menurut Takanori, sejak lebih 10 tahun lepas, karya lebih daripada 3,850 siswazah pusat pengajian itu di Tokyo, diterbitkan dalam majalah dan memenangi pelbagai pertandingan.

“Oleh itu, di luar, terdapat pasaran yang baik untuk pelajar kami,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

Swift Haulage sasar sumbangan pergudangan naik 25 peratus

KLANG: Swift Haulage Bhd menyasarkan sumbangan daripada segmen perkhidmatan pergudangan dan depoh kontena naik 25 peratus berbanding 15 peratus pada masa ini. Ketika ini perkhidmatan pengangkutan kontena dan

Eksport orkid sumbang RM4 bilion setahun

HASIL eksport orkid Malaysia mampu menyumbang RM4 bilion kepada industri florikultur di Malaysia kerana mendapat permintaan tinggi dari negara luar. Ketua Unit Industri Florikultur (Bahagian

BERITA TERBARU

Berita yang menyedihkan – Datuk Sim Kiang Chiok

KUCHING : Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Cawangan Kuching Datuk Sim Kiang Chiok, menyifatkan pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib

Projek ART Johor bechuntoka pemujur Sarawak

KUCHING: Sistem Transit Aliran Autonomi (ART) di Sarawak deka nyadi malin ungkup projek ART ti deka dipejalai di nengeri Johor. Perintah Nengeri Johor benung ngelanggur