Trending

Malaysia mainkan peranan penting dalam banteras Islamophobia

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

PUTRAJAYA: Malaysia memainkan peranan penting dalam usaha membanteras Islamophobia, kejahilan dan kebencian terhadap Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata perbuatan membakar Al-Quran yang berlaku akibat kejahilan, sombong dan pemikiran neokolonial, perlu dibanteras menerusi ilmu dan pemahaman.

“Bagi orang Islam sudah tentu melalui Al-Quran,” katanya kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di Kompleks Nasyrul Quran di sini hari ini.

Anwar berkata Al-Quran dan terjemahannya yang dihasilkan oleh Yayasan Restu, telah dicetak, diterjemahkan dan diedarkan ke seluruh dunia, khususnya di negara-negara Barat.

“..supaya mereka (orang Barat) berpeluang membaca, memahami untuk menghayati, seperti yang kita lakukan dalam menghormati agama lain di negara ini.

“Saya berharap melalui usaha ini, kita dapat mewujudkan masyarakat yang lebih harmoni dan lebih memahami serta menghormati kemanusiaan,” katanya.

– BERNAMA

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 December 2023

Berita Terbaru

KAEDAH PERANCANG KELUARGA

ISTILAH perancangan keluarga memiliki perbezaan pandangan dan keperluan untuk sesebuah