Trending

Malaysia mampu beri saingan sengit di Kejohanan Bola Sepak Pekak Dunia 2023

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Jurulatih Bola Sepak Pekak Malaysia, Muhamad Haris Lajid bercakap ketika sidang media pada Majlis Memperkenalkan Skuad Bola Sepak Pekak Malaysia dan Para Penaja Bagi Program 4th World Deaf Football Championship 2023 di Sunway Resort Hotel semalam. | BERNAMA

SUBANG JAYA: Ketua jurulatih bola sepak pekak negara, Muhamad Haris Lajid percaya anak buahnya mampu memberi tentangan sengit pada Kejohanan Bola Sepak Pekak Dunia 2023  yang akan berlangsung di sekitar  Kuala Lumpur dan Selangor bermula 23 Sept hingga 7 Okt ini.

Muhamad Haris berkata keyakinan itu hadir selepas pasukannya menunjukkan prestasi memberangsangkan pada empat fasa latihan intensif yang dijalankan dalam negara sejak Jun lalu. 

Beliau memaklumkan aksi persahabatan bersama beberapa kelab bola sepak normal yang dijalankan juga pasti memberi nilai tambah dalam memperkuatkan jentera serangan mereka untuk mencatat kemenangan pada kejohanan julung kali disertai pasukan negara itu.

“Satu penghargaan buat pasukan Malaysia apabila dapat bermain buat pertama kali dalam kejohanan peringkat dunia ini menerusi tiket wildcard’’ selaku tuan rumah.

Setakat yang saya tahu undian pasukan hanya akan keluar Khamis ini. 

“Jadi kami memang sudah giat menjalani latihan mengikut fasa sejak Jun lepas.

Fasa pertama di ibu negara, diikuti Kelantan, Terengganu dan kembali di ibu negara bagi fasa terakhir untuk memperkemaskan corak permainan kami,” katanya.

Pengendali berusia 60 tahun itu berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Memperkenalkan Skuad Bola Sepak Pekak Malaysia dan Penaja, di sini semalam. 

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim, yang turut hadir pada majlis berkenaan, berharap pemain ‘istimewa’ itu dapat mempamerkan semangat juang tinggi bagi memastikan Jalur Gemilang berkibar megah di pentas dunia. 

Adam Adli turut melahirkan harapan agar semua pihak terus memberi sokongan kepada skuad bola sepak pekak negara bagi memastikan mereka terus bersemangat untuk mempamerkan prestasi terbaik pada kejohanan tersebut.

“Kali pertama (kejohanan ini) diadakan di Asia, jadi ia pencapaian awal yang boleh dibanggakan.

Saya pasti ia beri impak baik dalam kalangan sukan orang pekak,” katanya. 

Kejohanan Bola Sepak Pekak Dunia edisi keempat bakal menyaksikan penyertaan 20 pasukan lelaki dan lima wanita.

Sebanyak 14 padang bola dan stadium akan digunakan sepanjang kejohanan berkenaan termasuk Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras, Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Stadium Universiti Malaya, Stadium Universiti Putra Malaysia dan beberapa lokasi lain. – BERNAMA

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru

Konvokesyen Ikmas Ke-19

SEKALUNG tahniah diucapkan kepada 64 graduan Ikmas yang terdiri daripada