Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan yang memenangi pilihan raya penentu pada Ahad.
Katanya, Malaysia yakin Turkiye terus memainkan peranan yang konstruktif sebagai pemain serantau dan di peringkat global.
“Tahniah kepada sahabat Tuan Yang Terutama Presiden Recep Tayyip Erdoğan kerana berjaya dipilih semula sebagai Presiden Republik Turkiye.
“Putrajaya dengan penuh harapan menantikan kerjasama yang lebih rapat dengan Ankara menerusi usaha dan upaya kita meningkatkan hubungan dua hala yang sudah terlengkap dengan baik,” katanya di Facebook.