ARTIKEL

Malaysia muncul pasukan ketiga terbaik kumpul ranking FIFA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia menamatkan tahun ini dengan nota yang cemerlang apabila muncul pasukan ketiga terbaik paling banyak meraih mata dalam ranking Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA).

Berdasarkan ranking Disember yang dikeluarkan FIFA hari ini, skuad Harimau Malaya naik 15 anak tangga dalam ranking dunia sepanjang tahun ini untuk berada di kedudukan ke-130 dengan mengumpul 1,122.87 mata, iaitu peningkatan terbesar dalam kalangan negara Asia.

Panama melonjak dengan ketara pada 2023, setelah meningkat 20 anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-41 dalam ranking dunia, diikuti Moldova yang naik 19 anak tangga untuk berada di tempat ke-155.

Kedudukan terbaik skuad Harimau Malaya adalah di tempat ke-75 pada 1993, manakala kedudukan terendah pernah diperoleh pasukan negara ialah kedudukan ke-178 pada 2018.
Sementara itu, juara bertahan Piala Dunia Argentina kekal di kedudukan teratas dengan 1,855.2 mata, diikuti Perancis (1,845.44) dan England ketiga (1,800.05).

FIFA turut mengumumkan bahawa kemas kini ranking berikutnya pada 15 Feb tahun depan.

LAIN-LAIN BERITA

Enam perlawanan ujian awal sri kandi Sarawak

KUCHING: Ketua jurulatih skuad bola sepak wanita, Suffian Ibrahim menegaskan enam perlawanan persahabatan bakal diharungi barisan pemain yang berada dalam skuad bayangan ketika ini. Tiga

Senarai muktamad pemain diketahui bulan Mei

KUCHING: Senarai muktamad pemain skuad sepak takraw lelaki yang akan mewakili Sarawak di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024 akan diketahui penghujung bulan Mei nanti.

BERITA TERBARU