ARTIKEL

Pelancong asing tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar di Dataran Merdeka ketika acara raptai sempena sambutan Hari Kebangsaan giat dijalankan pada tahun lepas. | BERNAMA

Malaysia, negara Asia Tenggara dikunjungi paling ramai pelancong pada 2023

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Malaysia telah menjadi negara yang dikunjungi paling ramai pelancong di Asia Tenggara sepanjang tahun 2023.

Menurut VN Express International, negara kita menerima hampir 29 juta pelancong pada tahun lepas.

Pelancong asing ke Malaysia yang paling ramai datang dari Singapura dengan lebih 8.3 juta orang, diikuti pelawat dari Indonesia, Thailand, China, dan Brunei.

Sebelum pandemik COVID-19, negara yang dilawati paling ramai pelancong di rantau ini adalah Thailand, dengan lebih 40 juta pelancong pada 2019.

Tahun ini, Thailand menyasar 35 juta pelancong asing untuk melawat negara itu.

Pada 2023, Thailand menduduki tempat kedua dengan lebih 28 juta pelancong asing, diikuti Singapura yang mencatatkan 13.6 juta pelancong asing.

Vietnam menduduki tempat keempat dengan 12.6 juta pelawat sementara Indonesia mencatatkan 11.7 juta ketibaan.

Filipina dan Kemboja menarik sekitar 5.4 juta pelancong asing pada 2023.

Negara-negara Asia Tenggara berlumba-lumba untuk menarik pelancong asing dengan dasar imigresen yang fleksibel bermula hujung tahun lepas.

Bermula pada 1 Disember 2023, Malaysia membenarkan kemasukan tanpa visa selama 30 hari bagi warga negara tanah besar China dan India, satu langkah yang sama dengan Thailand.

BERITA LAIN

Masyarakat perlu berani lapor kes dera

KUALA LUMPUR: Orang ramai perlu berani untuk tampil melaporkan sebarang kes penderaan terutamanya di kawasan kejiranan mereka. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri

28,531 calon cemerlang UPKK

PUTRAJAYA: Seramai 28,531 daripada 230,587 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya mencatatkan keputusan cemerlang dengan memperoleh A dalam semua lapan mata

BERITA TERBARU

Sarawak nyadi pengeluar besai lada ba Malaysia

MINDY VELARIE CASILYSuarasarawak.news@gmail.com SERIAN: Sarawak dirikod ngeluarka 31,994 tan metrik lada ba taun 2023. Sapit Menteri Industri Pemakai, Komoditi, enggau Pemansang Wilayah (M-FICORD), Datuk Martin

Simunjan deka disikap ngena palan komersial

SIMUNJAN: Projek pemansang komersial ba sitak Simunjan bisi pengulih nyungkak ekonomi peranak lokal kelebih agi bala pedagang mit. Projek nya mungkur pengawa ngaga medan selera,