ARTIKEL

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang, menyampaikan ucapan pembukaan pada Syarahan Pemenang Anugerah Nobel oleh Sir Paul Nurse di Menara Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) hari ini.

Malaysia perhebat usaha lahirkan pemenang Anugerah Nobel

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Usaha Malaysia melahirkan pemenang Anugerah Nobel akan diperhebatkan dengan merancakkan lagi ekosistem sains, teknologi dan inovasi (STI) bagi membolehkan negara merealisasikan impian itu, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang.

Katanya, program mencari pemenang Anugerah Nobel itu merupakan harapan dan sasaran pihaknya dalam melahirkan saintis muda negara berpengalaman dan sebaris dengan saintis luar negara yang menerima anugerah berprestij tersebut.

“Sebelum kita hendak memasuki pencalonan anugerah tersebut, kita (MOSTI) kena pastikan kita ada ekosistem sains yang rancak.

“Sebab itu, Akademi Sains Malaysia (ASM) telah mengadakan pelbagai program untuk mencari pemenang berkenaan seperti penganjuran syarahan, perbincangan saintifik dan sesi libat urus bersama bekas pemenang Anugerah Nobel,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Syarahan Pemenang Anugerah Nobel oleh penerima Anugerah Nobel ke-25 (2001), Sir Paul Nurse, di sini, hari ini.

Chang berkata Kementerian Pengajian Tinggi menerusi universiti tempatan juga sedang melaksanakan inisiatif untuk memupuk pemikiran Pemenang Anugerah Nobel, berpandukan laporan kajian ‘Achieving Excellence in Science – The Nobel Path’.

Selain itu, beliau berkata MOSTI amat berdedikasi untuk mewujudkan persekitaran di mana penyelidikan dan inovasi yang berinovatif dapat berkembang maju sekali gus meletakkan Malaysia sebagai peneraju global dalam bidang STI. – BERNAMA

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya