ARTIKEL

Facebook Anwar Ibrahim

Malaysia perlu manfaatkan kepakaran dalam industri halal – Anwar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Malaysia perlu memanfaatkan kepakaran dalam industri halal dimilikinya, yang kini ditagih banyak negara luar, berikutan potensi besar dalam ekonomi dunia yang boleh mencecah trilion ringgit, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, ketika ini banyak negara luar yang meminta bantuan daripada negara dalam menjayakan industri berkenaan di negara masing-masing, memandangkan Malaysia memiliki badan pensijilan halal bertaraf dunia, iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Perkara ini dibuktikan dengan minat dan kesungguhan pemimpin negara luar yang ditemuinya dalam lawatan rasminya sebelum ini yang menyatakan perkara itu kepadanya, termasuk dari Laos, Vietnam, Kemboja dan China.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU