ARTIKEL

Malaysia punyai potensi besar untuk bangkit sebagai ekonomi dinamik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

NEW YORK: Malaysia mempunyai potensi yang amat besar untuk bangkit kembali sebagai sebuah ekonomi yang dinamik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata ini berikutan negara mempunyai sumber yang diperlukan dan  tenaga kerja berkelayakan, selain mempunyai dasar seperti Ekonomi MADANI, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) untuk mendukung matlamat ini. 

Dalam satu hantaran di Facebook semalam, Anwar berkata perkara itu dikongsikan semasa beliau  mengadakan sesi dialog dan makan malam bersama rakyat dan pelajar Malaysia di sini. 

“Saya dan Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) amat berbesar hati dapat bertemu dan berdiskusi bersama mereka dalam majlis yang cukup santai,” kata beliau. 

Pada majlis itu juga, Anwar berkata beliau turut menyatakan bahawa Kerajaan Perpaduan sedang meneliti kaedah untuk menarik rakyat Malaysia yang mahir untuk kembali menyumbang kepada negara.

“Ini sebagai  usaha menangani krisis penghijrahan cendekiawan atau ‘brain drain’ yang sedang dihadapi negara ketika ini,” katanya. 

Perdana Menteri dan delegasi berada di New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78.  Beliau telah menyampaikan Kenyataan Negara pada Jumaat di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. 

– BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Planetarium Negara sambut 30 Tahun Jubli Mutiara

KUCHING: Sambutan 30 tahun Jubli Mutiara Planetarium Negara sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Bulan Februari 2024 dirasmikan oleh Timbalan Menteri

BERITA TERBARU

Meruked lancar muzik video baharu

KUMPULAN muzik tempatan Meruked melancarkan single dan muzik video terbaharu mereka berjudul Kining Posah pada Jumaat ini.  Menurut vokalis, Syed Ashraf Edruce, Kining Posah bermaksud

Tarikan ekopelancongan burung walit

AKTIVITI EKONOMI dan keusahawanan penduduk kampung mampu dibangun dan diperkasa melalui pembangunan Projek Ekopelancongan Burung Walit Kampung Merembeh. Projek tersebut membuka peluang pekerjaan baharu dan