ARTIKEL

Kredit Foto FB Anwar Ibrahim

Malaysia, Republik Kyrgyz kukuhkan kerjasama TVET dan STEM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Republik Kyrgyz bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama dalam bidang pendidikan termasuk Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di laman Facebook berkata perkara itu dibincangkan semasa beliau menerima kunjungan hormat daripada Penasihat Dasar Luar kepada Presiden Republik Kyrgyz, Muratbek Azymbakiev, di Perdana Putra, Putrajaya semalam.

“Berhubung Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP), Malaysia bersetuju untuk melatih lebih ramai peserta dari Republik Kyrgyz dalam pelbagai bidang,” katanya.

Perdana Menteri berkata pertemuan itu turut membincangkan mengenai pelantikan penasihat khas dari Malaysia ke Republik Kyrgyz untuk membantu dalam pembangunan ekonomi negara Asia Tengah itu.

Katanya dalam hal ini, beliau memaklumkan beberapa calon berpotensi telah dikenal pasti dan sedang dalam proses disenarai pendek oleh Malaysia.

Menurut Anwar, Muratbek turut menyampaikan surat dan cenderahati daripada Presiden Republik Kyrgyz dan Ketua Kabinet.

“Saya titipkan harapan agar hubungan kedua-dua negara terus terjalin lebih erat pada masa akan datang,” katanya.

Semasa lawatan Perdana Menteri ke negara itu baru-baru ini, rakan sejawatnya, Pengerusi Menteri-Menteri Kabinet Republik Kyrgyz Akylbek Zhaparov menzahirkan hasrat supaya Malaysia melantik seorang penasihat kepada kerajaan negara itu.– BERNAMA

BERITA LAIN

Rujuk status tanah sebelum buat rumah

BINTULU: Penduduk khususnya di rumah panjang perlu merujuk status tanah kepada agensi berkaitan terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan baharu di kawasan yang dikenal pasti. Menteri

BERITA TERBARU