ARTIKEL

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berucap pada Majlis Peluncuran NACS 2024-2028 di PICC, hari ini.

Malaysia rugi RM277 bilion dalam tempoh lima tahun akibat rasuah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan bahawa negara kerugian RM277 bilion akibat jenayah rasuah dalam tempoh lima tahun lepas.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata kerugian itu berdasarkan anggaran kumulatif Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tempoh lima tahun, iaitu dari 2018 hingga tahun lepas.

“Angka yang cukup besar ini sewajarnya boleh dimanfaatkan untuk membantu rakyat dalam pelbagai aspek, terutamanya pelaksanaan projek sosial seperti baik pulih hospital dan sekolah, malangnya nilai ini tiris akibat jenayah rasuah,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dihadiri kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Justeru, Azam berkata, bagi memastikan strategi pembanterasan rasuah memberi impak, penggubalan NACS dilaksanakan dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan metodologi bagi mengenal pasti bidang yang terdedah kepada risiko terkini rasuah dalam negara.

Baca lain  Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 Peringkat Negeri dijangka disertai 5,000 tetamu

Beliau berkata NACS menggariskan strategi penting dengan memberi penumpuan kepada peningkatan integriti, ketelusan dan kebertanggungjawaban merentasi pelbagai sektor di Malaysia, termasuk politik, pentadbiran awam, perolehan kerajaan, penguatkuasaan undang-undang, institusi perundangan dan kehakiman, sektor swasta serta orang ramai.

“Ia menggabungkan lima strategi dan 60 sub-strategi untuk dilaksanakan dalam tempoh lima tahun bermula tahun ini hingga 2028.

“Diharapkan pelaksanaan NACS ini menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh tata kelola baik negara bagi mencegah dan memerangi rasuah supaya agenda pembangunan negara ke arah Malaysia yang berintegriti dan bebas rasuah dapat terlaksana,” katanya. — BERNAMA

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

BERITA TERBARU

Thailand perlu pertimbang pindahkan ibu negara

BANGKOK: Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya, Bangkok kerana paras air laut yang semakin meningkat, kata seorang pegawai kanan di pejabat perubahan iklim

Eksport produk kayu menurun

KUCHING: Prestasi nilai eksport produk perkayuan Sarawak merekodkan penurunan sebanyak sembilan peratus dengan sebanyak RM682 juta berbanding RM752 juta untuk tempoh sama tahun lalu. Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali

Sule jual kenderaan mewah 

PELAWAK Indonesia Sule, menjual kenderaan mewah miliknya yang terdiri daripada Ford Mustang, Porsche, Jeep Wrangler dan Mercedes Benz kerana tidak digunakan. Sule mengatakan dia menjual

Erat hubungan bersama komuniti

KEMERIAHAN sambutan Aidilfitri masih dirasai sempena Program Jiwa Madani bersama-sama Komuniti anjuran Ikmas di Dataran Ikmas, baru-baru ini. Program dihadiri tetamu jemputan khas iaitu Pengarah