ARTIKEL

Malaysia sasar kedatangan 7.8 juta pelancong Singapura pada 2023 – MOTAC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SINGAPURA: Malaysia menyasarkan kemasukan 7.8 juta pelancong Singapura tahun ini, menurut Kementerian Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan (MOTAC).

Singapura kini merupakan penyumbang tertinggi bagi ketibaan pelancong ke Malaysia dengan 4,537,550 ketibaan direkodkan sehingga Julai tahun ini.

“Ini akan menyumbang kepada RM49.2 bilion dalam pendapatan pelancongan, memberikan rangsangan ekonomi yang amat diperlukan kepada negara,” kata Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) MOTAC Mohd Yusri Mohd Yusoff pada majlis perasmian Pameran Travel Malaysia 2023 yang diadakan disini pada Sabtu.

Beliau berkata pada tahun ini, pejabat Tourism Malaysia Singapura memulakan beberapa inisiatif menarik untuk membawa lebih ramai pelancong Singapura ke lokasi menarik, bagi menikmati pengalaman budaya Malaysia yang tulen, jauh dari hiruk pikuk kota.

“Ini termasuk kerjasama strategik dengan Batam Fast Ferry dan penyertaan dalam pameran pengguna seperti NATAS Holidays dan Travel Malaysia Fair Siri 1.

“Kami berharap program ini akan memberi manfaat kepada Ejen Pelancongan Singapura dan media, di samping lawatan suai kenal ke negeri pantai timur Semenanjung Malaysia dan Sarawak di pulau Borneo, serta mengadakan banyak bengkel dan seminar B2B,” katanya.

Bertemakan ‘Malaysia Truly Asia’, Travel Malaysia Fair berlangsung selama tiga hari di Central Atrium of Marina Square di sini sehingga 8 Okt, bersempena Pameran Budaya Malaysia-Singapura 2023.

MOTAC menyasarkan kemasukan 16.1 juta pelancong asing dengan RM49.2 bilion hasil pelancongan tahun ini. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Capai sasaran tingkatkan pendapatan komuniti tani

KUCHING: Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) serta jabatan dan agensi di bawahnya diseru supaya terus komited dan berdedikasi menyampaikan khidmat kepada rakyat

Lebih 123,000 syarikat berdaftar dengan CIDB

KUALA PERLIS, Perlis: Sejumlah 132,579 syarikat telah berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) setakat Januari lepas. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick,

Sasaran perdagangan, pelaburan dapat dicapai

KUALA LUMPUR: Kerajaan optimis sasaran perdagangan dan pelaburan yang ditetapkan untuk tahun ini dapat dicapai meskipun penyusutan nilai semasa ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS),

Ekonomi hijau S’wak jadi contoh baik global

KUCHING: Sarawak menunjukkan contoh baik kepada seluruh dunia dalam membangunkan ekonomi hijau, kata Pengerusi Majlis Perdagangan dan Pelaburan Komanwel (CEIC), Lord Jonathan Peter Marland. Lord

BERITA TERBARU

Sedar mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Mi kolo digazet nyadi Pemakai Pesaka Menua

KUCHING: Pemakai ti dikerindu mensia mayuh di Sarawak, mi kolo diatu udah digazet nyadi siti Pemakai Pesaka Menua tauka ‘Makanan Warisan Kebangsaan’. Pekara nya mega

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku